IKLAN

Jumaat, 11 November 2011

6 Tips Merawat Asma Secara Alami di Rumah

penderita-asma


Ubat asma seperti steroid sebenarnya lama kelamaan boleh memburukkan asma.
Jika ingin mengelakkan terjadinya komplikasi yang berkaitan dengan penggunaan ubat asma jangka panjang, pesakit boleh cuba rawatan asma secara semulajadi seperti berikut:
1. Elakkan makanan dan alergen yang boleh menyebabkan asma.
Makanan olahan, zat adiktif, daging, dan makanan diproses dari susu boleh memburukkan asma kerana dapat menambah zat racun pada tubuh dan meningkatkan pengeluaran lendir.
Gunakan penapis udara anti alergen di dalam rumah untuk mengurangkan jumlah debu dan serbuk di dalam udara.
Gunakan pembersih vakum untuk membersihkan karpet atau singkirkan karpet sama sekali dari rumah kerana boleh menjadi sarang debu.
2. Tambahkan bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan.
Contoh bahan makanan yang dapat mengurangkan keradangan adalah bawang putih dan paprika. Ginseng dan makanan dengan asid lemak omega 3 juga boleh membantu menurunkan keradangan.
Beberapa makanan yang mengandungi asid lemak omega 3 antara lain ikan, biji jintankacangbuah oren, grape fruit, tangerin yakni  buah-buahan sitrus yang kaya dengan Vitamin C ,minum dalam keadaan sederhana sejuk,jauhi jus oren dari ais, kerana ais atau sejuk dingin akan menyebabkan penyempitan pada saluran penting komponen pernafasan anda ini mengakibatkan serangan asma. Anda juga boleh menggunakan tambahan asid lemak omega 3.
Makanan tersebut boleh membuka saluran nafas di paru-paru dan memperbaiki pernafasan.
3. Serangan asma membuat tubuh mudah terdedah kepada radikal bebas.
Radikal bebas akan merosakkan saluran bronkus dan membuat gejala asma bertambah buruk.
Oleh kerana itu, makanlah makanan yang mengandungi antioksidan untuk menghalang radikal bebas. Buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah sumber makanan yang mengandungi antioksidan.
4. Minum teh chamomile untuk mengubati asma.
Chamomile mengandungi zat anti-histamin yang akan membantu pada saat terjadi alergi asma.
5. Gunakan tambahan magnesium untuk mengubati asma secara semulajadi.
Mengambil 500 mg magnesium boleh melebarkan saluran bronkus dan membantu pernafasan.
Tingkatkan pula pengambilan sayur-sayuran yang mengandungi magnesium tinggi seperti bayam, gandum, taugeh, dan okra.
6. Lakukan latihan pernafasan dan teknik relaksasi untuk membantu mengatasi serangan asma ringan.
Bernapaslah perlahan melalui mulut atau hidung. Tetaplah tenang kerana kepanikan akan membuat gejala asma bertambah buruk.
Pesakit mungkin tidak dapat mengelakkan penggunaan inhaler sepenuhnya, namun sekurang-kurangnya frekuensi pemakaiannya dapat dikurangkan./oketips


3 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini..semoga anda sentiasa diberkati olehNya..

    BalasPadam
  2. Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat. Bantu Keluarga Anda Dan Selamatkan Mereka Sama Ada Yang Belum Menghidap Kanser Ataupun Yang Telahpun Menghidapi Kanser, Leukemia, Denggi Dan Asthma Serta Penyakit 4 Serangkai Dengan Ubat Kanser Yang Terbukti Berkesan Sebelum Terlambat...

    SiLa KLik Sini

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik