IKLAN

Ahad, 13 September 2015

Tragedi Kren Tumbang Di Masjidilharam : Seorang Jemaah Haji Malaysia Disahkan Meninggal Dunia.




PETALING JAYA: Jemaah haji warga Malaysia, Rusiah Suar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengesahan itu dibuat oleh Lembaga Tabung Haji yang membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar berdasarkan pengencaman diri, buku rekod kesihatan dan pas serta gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA sekiranya diperlukan.
"Hari ini (Ahad) satu jenazah jemaah haji Malaysia yang telahpun dikenal pasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak," katanya pada sidang media tergempar di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya di sini, malam Ahad.
Sebelum ini, jumlah jemaah Malaysia yang masih belum dapat ditemui meningkat kepada lapan, demikian menurut Tabung Haji. Lapan mereka tidak dapat dikesan susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, pada Jumaat.
Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk di Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain. Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mereka sedang mencari bantuan daripada Muasassah Asia Tenggara untuk membantu dalam mencari jemaah yang hilang.
Beliau berkata, 10 rakyat Malaysia yang cedera berada dalam keadaan stabil. Tabung Haji mempunyai 251 orang pegawai kesihatan termasuk pakar untuk merawat  jemaah-jemaah haji yang cedera dan sakit. Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) berikutan ribut pasir dan hujan lebat. Seramai 30 orang lagi kakitangan Tabung Haji dihantar serta-merta ke tempat kejadian.
[TERKINI] Tragedi kren runtuh di Masjidilharam - Seorang warga Malaysia disahkan maut
Senarai nama lapan jemaah Malaysia yang masih belum dapat dikesan sebelum ini:
1. Siti Nurolshlizan Zolkifli,37 - Tanah Merah, Kelantan  2. Shahidan Saad, 52 - Kodiang, Kedah. 3. Rohana Ismail, 54 - Kuala Krai, Kelantan 4. Abdul Habib Lahman,68 - Sik, Kedah 5. Zainun Taha,69  - Ampang, Selangor 6. Munah Jusoh,73 - Cherang Ruku, Kelantan. 7. Abdul Muluk Ishak, 71 - Pantai Remis, Perak  8. Rusiah Suar, 56 - Sungkai, Perak (Kini disahkan meninggal dunia.)
Rusiah Suar, 56 - Sungkai, Perak, kini disahkan meninggal dunia. 
Inna lillah wainna ilaihi raajiuun
Sumber: IH/ Astro Awani 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik