 |
| Air Kelapa yang Berkhasiat |
Air kelapa muda juga boleh
digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari
alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.
Air kelapa muda yang telah
diruqyah apabila dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk
rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan
ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan yang warid dari Rasululullah
saw.
Air kelapa yang dicampur
dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan
seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah
membacakan 40 kali al Fatihah kepada campuran tersebut.
Air kelapa mempunyai
banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. Antaranya:
(1) Khasiat air kelapa membantu
untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
(2) Air kelapa mampu untuk
menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda
terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
(3) Air kelapa juga adalah
merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh
seseorang.
(4) Apabila seseorang bersenam,
tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh
dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan
anda.
(5) Khasiat yang ada didalam
air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
(6) Air kelapa boleh dijadikan
sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk
mengurangkan berat badan seseorang.
(7) Khasiat air kelapa turut
membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
(8) Air kelapa turut boleh
digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk
membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada
tersumbat.
(9) Seorang peminum air kelapa
juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini
berguna untuk melawan penyakit.
(10) Kajian saintifik juga
menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
(11) Khasiat air kelapa
terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
(12) Air kelapa membantu untuk
menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko
kanser.
(13) Khasiat air kelapa turut
digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
(14) Khasiat air kelapa
membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
Buah kelapa yang sudah
gugur, tidaklah terjamin airnya masih elok atau tidak.
"Petikan dari buku terbaru KISWAH; RAHSIA AIR RUQYAH..."....
Sumber /www.rawatanislam2u