IKLAN

Jumaat, 27 Mei 2011

Tafsir Mimpi Menurut Islam

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar. 
  2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
  3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
  4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

Berikut adalah tafsir mimpi dalam Islam yang berkaitan Peristiwa atau Kejadian
  1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat
  2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat
  3. Bermimpi memasuki Masjid Haram atau melakukan tawaf di Baitulallah alamatnyaanda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh
  4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia
  5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan
  6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia anda
  7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar
  8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa
  9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain
  11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat
  12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya anda akan mendapat berita yang gembira
  13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala
  14. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar
  15. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami kesukaran
  16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda dipeliharan daripada sebarang kejahatan
  17. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat
  18. Jika bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang
  19. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian
  20. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan
  21. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan
  22. Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat
  23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan.
  24. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh
  25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar
  26. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar
  27. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya
  28. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda diberkati
  29. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup
  30. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai
  31. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita
  32. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita
  33. Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa
  34. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.
  35. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.
  36. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.
  37. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.
  38. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar
  39. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan difitnah.
  40. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.
  41. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.
  42. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat
  43. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati
  44. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan sempurna
  45. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu
  46. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang
  47. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik
  48. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah WaliAllah yang beroleh kebesaran di dunia dan akhirat
  49. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga
  50. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat
  51. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorangitu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan
  52. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah SWT
  53. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan
  54. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal
  55. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

56 ulasan:

  1. trima kasih sebab sharing ilmu? macam mana kalau bermimpi bertemu ular?

    BalasPadam
  2. Sama2 kasih..kata Fatua @petua bkn fatwa ya..bertemu ular mungkin dik akan bertemu jodoh..dgn lelaki yang yang kuat mengular .haha jgn caya jgn marah..gurau

    BalasPadam
  3. kalau mimpi mendapat bayi anak kembar... satunya ada disisi dan satuya sedang didukung oleh orang perempuan lain sambil tersenyum.

    BalasPadam
  4. Jika mimpi di cekik hingga sesak nafas apa maknanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau pernah bermimpi jatuh dari tmpt tinggi?dan lagi 1, kelmarin kawan saya ada bagitahu yg dia bermimpi sy terlibat kemalangan, tapi saya tidak mengalami cedera yg serius, cuma kereta sy yg mengalami kerosakan teruk di depan dan belakang kereta..apakah maksud mimpi tersebut???

      Padam
    2. Assalamualaikum. Nak tanya kalau mimpi kejar untuk menyelamatkan orang dan melihat dia kemalangan apa maksudnya?

      Padam
  5. Taun lepas Saya pernah mimpi gigi patah berulang-ulang kali tpi takda pulak saudara mati atau pun kemalangan.. ketentuan ajal maut di tangan Allah swt.. hanya Allah yg mengetahui segalanya..

    BalasPadam
  6. kalau mmp naek p bulan tapi sesak nafas?

    BalasPadam
  7. saya mimpi tembak mati kembar kera dan ular. maksudnya ular dan kera tu berpelukan seperti kembar.

    BalasPadam
  8. Salam mimpi ular mgikut perubtb islam sbnrnya kurg tepat dlm btemu jdh...wallahualam....kbnykn mana yg mmpi ular besenya shir....atau gguan shir..dn mimpi budk atau amk kcik pon sama..mgkn gguan dr jin atau syaitn....atau shir...

    BalasPadam
  9. Mimpi kencing berisi biji barli

    BalasPadam
  10. Ape mkne mmpi ibu kte meninggal dn jnzahnye keras hggekn tiade org mgurusknnye...

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum. Jika mimpi digigit ular di leher dan dalam mimpi itu rasa sakit sgt dn panas bekas yg digigit tu. Apa maknanya?

    BalasPadam
  12. Hi, kalau bermimpi kemalangan semasa tarikh harijadi saya,,apa maksud di sebaliknya tu ya? Bagi pandangan boleh..sebab, masa saya mimpi ni dah subuh sekitar 6.40 pagi. Bila saya terjaga dari mimpi saya..dan tarikh ini la adalah tarikh hari lahir saya..

    BalasPadam
  13. saya nak minta pendapat tentang mimpi saya..saya mimpi seluar kanan saya terkoyak dari peha sampai ke lutut..

    BalasPadam
  14. bermimpi melihat kemalangan yang dasyat

    BalasPadam
  15. saya bermimpi melihat orang menggali kubur dan melihat baju kakak ipar say terkoyak banyak dan baju saya terkoyak sedikit

    BalasPadam
  16. sy mimpi dalam gua ada tasik. tasik tu jerni dan didalamnya ada ikan yang berwarna hitam tetapi tidak bahaya dan dipermukaannya ada bunga teratai. tetapi ada org yg prnh mati disitu. sy mencari apa mksd mimpi tersebut.

    BalasPadam
  17. saya bermimpi mencium jenazah Allahyarham TGNA semasa arwah diusung ke tanah perkuburan. Allahu sebak rasanya. apakah petandanya?

    BalasPadam
  18. Jika saya bermimpi ular masuk dlm seluar..apa mksudnya... hmmm lg 1 mmpi yg ade tafsiran dri pukul berapa ke pukul berpe ye

    BalasPadam
  19. Jika saya bermimpi ular masuk dlm seluar..apa mksudnya... hmmm lg 1 mmpi yg ade tafsiran dri pukul berapa ke pukul berpe ye

    BalasPadam
  20. Jika mimpi kemalangan hingga mati, kenapa? :( saye takut

    BalasPadam
  21. Kalau bermimpikan bertemu kekasih cam mne plak . cri xjpe pun

    BalasPadam
  22. Sy mimpi sy trpijak tnah kubur seseorang yg tgh basah lg .. Bru lps dkebumi kan .. Spe tau ap sbb nye ye .. Plese

    BalasPadam
  23. sy mimpi seseorang yg bercahaya tanpa wajah menunjuk kawan lelaki sy lalu b'kata dia lah jodoh mu..mcm mana tu????

    BalasPadam
  24. Assalam...maaf sy ingin bertye pe maksud bila mimpi melihat belangkas yg byk dpn mata...

    BalasPadam
  25. Assalam...maaf sy ingin bertye pe maksud bila mimpi melihat belangkas yg byk dpn mata...

    BalasPadam
  26. Assalam...maaf sy ingin bertye pe maksud bila mimpi melihat belangkas yg byk dpn mata...

    BalasPadam
  27. saya tertidor selespas zohor, dlm pukul 330ptg bermimpi dua orang lelaki,memberitahu anak saya kemalangan dan meninggal, saya terbangun dan memberitahu isteri, Isteri menjawan "syaitan, mimpi disiang hari, lalu say berdoa, dijauhakan musibah. Lebih kurang 3 bulan selepas itu,juga selepas zohor dtg dua orang kawan anak saya (lelaki) juga dlm pukul tiga petang memberitahu anak saya kemalangan,kini dihospital. dalam perjalanan ke hospital saya sudah dpt rasakan dia sudah tiada. Apa yg saya mimpikan jadi kebenaran. Allahualam

    BalasPadam
  28. Apa maksud kalau mimpi mndpt pnyakit mcm penyakit kulit. Dan kemudian mimpi itu betul terjadi?

    BalasPadam
  29. kalau mimpi di calit minyak dagu apa maknanya?tlg saya..

    BalasPadam
  30. Saya bermimpi sepanjang perjalanan sy ada kemalangan ngeri sewaktu memandu kereta.. Sehingga berhenti di tempat mana pon saya melihat kemalangan yg dasyat.. apakah makna mimpi saya?
    Jadi takut sendiri..

    BalasPadam
  31. Aslm .. Nk tanya .. Sy bermimpi melihat sekumpulan jemaah yg sgt ramai .. Mereka sedang berjalan kaki .. Jemaah wanita masih lengkap bertelekung .. Wajah mereka semua berseri .. Tp mereka berjalan dlm keadaan senyap ..

    BalasPadam
  32. assalamualaikum
    sy bermimpi sy nak ke satu destinasi dgn menaiki kereta sendiri..tp ayah sy melarang kerana ada hantu dlm kreta saya tu..saya pun pergi menaiki kereta lain..apa maksudnya

    BalasPadam
  33. Assalam, Sy Nak Bertanya Mimpi Ketika Memandu Kereta Besar Bersama Keluarga dan Singgah Di Restoran untuk Makan ... Apakah Maknanya ??

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik