IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Halal Haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Halal Haram. Papar semua catatan

Ahad, 15 Jun 2014

RANCANGAN 'PANGGILAN HANGIT' HOT FM HARAM DI SISI AGAMA - DR MAZA



Panggilan palsu atau 'prank call' yang dibuat di siaran-siaran radio adalah di larang dalam Islam, atau haram, dakwa bekas mufti
Dr. AMohd Asri Zainal Abidin hari ini.

Dr. Asri juga mendakwa rancangan sedemikian dilarang kerana mengundang kejutan kepada orang awam, ketakutan, kepalsuan dan aib kepada mangsa panggilan
palsu tersebut.

"Rancangan seperti itu hanya memperbodohkan mangsa dan menjadi mangsa bahan untuk ditertawa oleh orangramai secara yang memalukan. Ia secara tidak langsung
sering mendedahkan aib peribadi mangsa yang tidak sepatutnya," kata Dr Asri dalam laman FBnya.

"Nabi s.a.w bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim membuat muslim lain terkejut (ketakutan)”. (Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ahmad).

"Muslim hendaklah mengelakkan perbuatan yang seperti itu." katanya lagi.

Isu menjadi panas setelah stesen radio popular Hot.FM yang menganjurkan ini memohon maaf setelah dihentam bertubi-tubi oleh pendengar mereka. 


Rancangantersebut dikelolakan oleh DJs Fizie, Fara Fauzana dan AG.

sumber 



Kita gembira bila orang lain dimalukan


Suatu pagi yang aman dan tenteram di sebuah agensi kerajaan...








Penghargaan buat=kartunster.blogspot.com DAN buasirotak.blogspot.com



Selasa, 19 Februari 2013

Rahsia Simbol Titik Merah Pada Bungkusan Coklat....



Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas ba...r coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat. Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan terlarang. TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T



Sumber: suraual-ikhwan.blogspot.com

Khamis, 1 November 2012

Sifat 'Terpuji' Rakyat Malaysia


TOKYO- Beberapa penduduk Jepun menyerahkan kepada pihak berkuasa wang tunai yang ditemui mereka berjumlah £50 juta (RM246.41 juta), lapor sebuah akbar semalam. Wang itu ditemui oleh beberapa penduduk selepas gempa bumi dan tsunami melanda timur laut negara itu pada 11 Mac lalu. Sifat jujur rakyat Jepun itu didedahkan oleh media Britain.

Lebih 5,700 peti simpanan yang terdampar di pesisiran pantai telah diserahkan ke balai-balai polis oleh sukarelawan dan petugas penyelamat. Di dalam peti-peti berkenaan, polis menemui sekitar £20 juta (RM98.49 juta) dalam bentuk wang tunai.

Polis juga menemui wang tunai berjumlah £600,000 (RM2.95 juta) dalam sebuah peti simpanan tersebut. Menurut polis, hampir semua wang tunai yang ditemui di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas akibat tsunami itu telah dipulangkan kepada pemilknya. Ramai yang menyimpan buku akaun dan dokumen hak tanah bersama nama serta alamat mereka dalam peti simpanan tersebut. - Agensi


Sebelum ini sejumlah golongan muda didakwa di mahkamah-mahkamah di Britain ekoran kes kecurian yang berleluasa semasa beberapa bandar utama di negara itu dilanda rusuhan baru- baru ini.

Ulasan :

Di Jepun, rakyatnya begitu jujur sekali. Sanggup berbaris memulangkan duit yang dijumpai masa Tsunami lepas..

Di London, pesalah yangg mencuri di premis² telah diheret ke mahkamah untuk didakwa..

Tapi di Malaysia.. arrr hmmm urmmm.. tengoklah gambar dekat bawah ni sendiri..




Ini kes kemalangan

lori  bawak beras, ramai yang datang 'bantu' kutip beras berterabur atas jalan raya..


Ramai yang mengaut keuntungan makan beras percuma stok sebulan.



Hahh... atas ni pulak kes kemalangan Jip 
bawak duit syiling berterabur atas jalan raya.. Lagi ramai datang 'bantu' kutip duit dari membantu mangsa..



Tapi yang peliknya kat bawah ni...




PASAL APA TAK DA SIAPA NAK KUTIP??
Sedangkan keenam² gambar di atas HARAM..

Keh keh keh.. Malaysiaku tercinta..

Kredit: rizalmat



Ahad, 23 September 2012

Rahsia Lambang Singa Di kotak Rokok!



Sama ada anda merokok atau tidak, tentu anda biasa melihat simbol-simbol yang sangat popular pada kotak rokok iaitu lambang singa. Walaupun jenama rokok itu tak sama dan dikeluarkan oleh syarikat yang berbeza, ia tetap mengandungi lambang singa.
Singa adalah spesis binatang ciptaan Allah dan ia memiliki ciri-ciri kehebatan dan keagungan tersendiri dalam dunia haiwan sehingga layak digelar raja segala binatang.
Tetapi kenapa ia begitu penting dalam industri tembakau sehingga gambar haiwan ini ada pada hampir semua kotak rokok. Apa istimewa sangat singa-singa ini?
Mengikut tradisi agama Kristian, singa Judah mewakili Jesus. Jesus berasal dari bangsa Yahudi dan dia disebut sebagai Singa Judah dalam kitab Injil. Oleh sebab itu, banyak pertubuhan agama Kristian termasuk kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol singa pada cop mohor mereka.
Singa Judah
Dalam tradisi Yahudi pula, nama Hebrew dan gelaran biasanya digabungkan menjadi berpasangan. Sebab itu kita biasa lihat simbol sepasang singa pada kotak rokok hari ini, bukan seekor.
Dalam bidang ekonomi dan politik dunia hari ini, Singa Judah mempunyai pengaruh yang besar dan kuat. Syarikat-syarikat besar dan juga jabatan-jabatan kerajaan menggunakan simbol sepasang Singa Judah sebagai tanda perniagaan dan simbol rasmi (Coat of Arms) mereka. Simbol kerajaan Malaysia juga menggunakan simbol sepasang haiwan tetapi singa itu ditukar menjadi sepasang harimau.
Judah adalah nama suatu kaum dalam bahasa Hebrew disebut Yehuda. Tidak perlu saya nyatakan ia disebut sebagai apa dalam istilah Bahasa Kebangsaan.


Masih tak pasti?
Yehuda = Yahudi
Lion of Judah = Singa Yahudi
Bagi perokok tegar, anda sentiasa membawa simbol Yahudi ini di dalam poketsepanjang masa. Ke mana saja anda pergi, Singa Judah ini sentiasa mengikuti anda walaupun anda sedang mengerjakan solat.
Wang anda juga telah banyak dilaburkan untuk memberi keuntungan kepada industri rokok milik bangsa Yahudi. Jika orang miskin mempunyai hak-hak tertentu pada sebahagian harta orang kaya, syarikat rokok telah berjaya mendapatkan sebahagian hak mereka ke atas pendapatan anda tidak kira anda kaya atau miskin./zhaf-akumenulis







Merokok Dari Pandangan Islam



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 
 
1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta./ http://www.e-fatwa.gov.my


Sabtu, 22 September 2012

Hukum Memakai Pakaian Bercetak "Carlsberg"

 

Soalan:

Dengan hormatnya sukacita dipohonkan fatwa berhubung dengan perkataan
'Carlsberg' pada pakaian, untuk kegunaan dan rujukan Unit Kawalan Akidah dan Syara'iah, Jabatan Hal Ehwal Syara'iah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.


Jawapan:

الحمد الله الفتاح الوهاب الهادى إلى الحق والصواب، والصلاة والسلام على رسوله خاتم الأنبياء والرسل، وآله وصحبه أجمعين.

Dalam dunia perniagaan berbagai-bagai cara dibuat untuk melaku atau melariskan sesuatu barangan atau jenama itu. Di sinilah peranan iklan dengan segala macam caranya. Salah satunya ialah dengan menulis nama barang di atas baju, dengan tujuan supaya barang itu dikenali, diminati lalu pengguna akan tertarik dan membelinya.

Carlsberg ialah jenama bagi sejenis minuman keras atau sejenis arak. Khamr atau arak itu adalah haram. Perkara ini telah jelas dan maklum kepada umat Islam.

Pengharaman arak bukan sahaja kepada yang meminumnya, bahkan meliputi segala yang berkaitan dengan pemerosesannya, membawa kepada orang yang menghidangkannya dan lain-Iainnya. Semua orang yang berurusan bagi tujuan-tujuan berkaitan dengan arak .akan mendapat laknat Allah dan RasulNya, sebagaimana perkara ini disebut oleh Rasulullah Shallallhu 'alaihi wasallam:

عن شبيب سمعت أنس بن مالك أو حدثنى أنس قال لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم فى الخمر عشرة عاصرها ومعتصرها والمعصورة له وحاملها والمحمولة له وبائعها والمبيوعة له وساقيها والمستقاة له حتى عد عشرة من هذا الضرب.

Maksudnya: "Daripada Syabib, saya mendengar Anas bin Malik (atau: Anas meriwayatkan kepadaku), dia berkata: "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam melaknat perihal arak kepada sepuluh orang; orang yang memerahnya, orang yang menyuruh memerahnya, orang yang meminta dibuatkan arak, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawakan arak, orang yang menjualnya, orang yang meminta dibelikan arak, orang yang memberi minum arak. orang yang minta diminumkan arak, sehingga Baginda menghitung . sepuluh daripada jumlah ini, (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Apabila perkataan Carlsberg itu dilabel atau digambar di atas baju, maka tiada lain tujuannya ialah untuk mempromosi, melaris atau mengiklankan Carlsberg itu supaya ianya diminati dan akhirnya akan dibeli. Ini sudah tentu akan menguntungkan syarikat pengeluarnya.

Maka sesiapa jua yang memakai baju yang ada padanya Carlsberg itu sarna ada disedari atau tidak, telah menolong untuk memperkenal, mempromosi dan melariskan jualan Carlsberg.

Oleh sebab Carlsberg itu sejenis arak, maka memakai baju yang ada padanya nama jenama ini adalah termasuk dalam tegahan umum oleh Allah:
ولا تعاونوا على الأثم والعدون

Tafsirnya: "Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan. "
(Surah Al-Maidah: 2)


Tidak syak lagi mempamerkan Carlsberg itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan memperkenalkan minuman itu supaya ianya lebih dikenali dan diminati sehingga akhimya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu. Jika pemakainya ada tujuan sedemikian, maka si pemakai itu telah menolong pada yang haram. Atau jika dia tiada bertujuan yang demikian itu, namun apa jua caranya, sekurang-kurangnya secara tidak langsung dia masih sahaja boleh dianggap menolong perkara-perkara haram seperti yang disebutkan di atas.

Oleh hal yang demikian, bagi mengelakkan orang-orang Islam daripada memakai baju yang ada padanya jenama Carlsberg itu yang boleh menjerumuskan mereka kepada haram, maka adalah menjadi kewajipan kerajaan Islam untuk tidak membenarkan pengedaran atau menarik balik pengedaran mana-mana baju yang mengandungi jenama arak seperti Carlsberg atau yang seumpamanya.


Sumber :http://infad.usim.edu.my



Sabtu, 7 Julai 2012

Betulkah Coca-Cola Mengandungi Alkohol ?!


 


Menurut kajian dan ujian terbaru yang dilakukan Institute Pengguna Kebangsaan Paris, minuman soda terkenal berasal dari Amerika Coca-Cola mengandungi alkohol.

INC yang berpusat di Paris itu mengatakan, selain Coca-Cola tanda Pepsi Cola juga mengandungi alkohol. Berita yang cukup mengejutkan ini dikeluarkan Press TV pada Sabtu 30 Jun 2012 lalu.

Majalah Perancis "60 Million Consumer" menerbitkan hasil ujian yang mengatakan bahawa tahap alkohol yang terdapat pada Coca-Cola adalah 10 mg per liter atau kira-kira 0,001 peratus alkohol.

Ujian itu juga menunjukkan "adanya unsur tertentu, seperti
hidrokarbon yang dikenali sebagai alergen."

Bahan kontroversi lain yang terkandung dalam Coca-Cola adalah asam fosfat, pemanis atau pewarna E150d (karamel amonia sulfit). Bahan-bahan itu baru saja disenaraikan oleh Negara Negeri di California sebagai berbahaya bagi kesihatan.

Coca-Cola dan Pepsi Cola telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menggunakan bahan-bahan itu dalam produk mereka di Amerika Syarikat.

Survey juga mendedahkan bahawa jumlah gula yang tinggi terdapat dalam minuman tersebut, antara 17 dan 19 potong gula satu liternya.

Berita ini tentu meresahkan pengguna Islam, kerana Islam melarang tegas minuman beralkohol.
 
Kredit : Halimislam

Sumber Asal:

http://www.wine-searcher.com/m/2012/06/a-very-secret-ingredient


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik