IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Maher zain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maher zain. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

Album Terbaru Maher Zain akan Lebih Universal



Maher Zain, penyanyi yang berasal dari Sweden ini melancarkan album keduanya yang berjudul "Forgive Me". Ia berharap album kedua ini berjaya seperti album pertamanya. 

"Alhamdulillah, i'm done," ujarnya dalam sidang akhbar di Jakarta, Isnin. Maher mengaku merasa lega album keduanya ini telah selesai pengeluarannya. Penyanyi berdarah Lebanon ini memerlukan masa satu tahun untuk menyelesaikan album yang mengandungi 14 lagu, dua diantaranya dinyanyikan dalam Bahasa Indonesia. 

"Album ini mengalami banyak perkembangan dari album pertama. Tentunya lebih berkualiti dan elemen pengeluaran ditambah, alat muziknya juga bertambah," katanya dipetik Antara . Maher mengungkapkan single pertama dalam album ini berjudul "Number One For Me" bercerita tentang ibu. Bagi Maher, ibu adalah orang nombor satu yang sangat dihormati dan dikagumi.


"Melalui lagu ini saya ingin menyampaikan mesej universal, bahawa kita mempunyai satu ibu. Orang yang selalu menjadi nombor satu. Orang yang selalu menyokong kita dan sangat pemaaf," katanya. Peter Hendarwin Sony Muzik Entertainment Indonesia berharap album kedua Maher Zain ini boleh diterima awam dan penjualannya melampaui rekod dari album pertama.


"Penjualan CD, DVD, dan RBT lagu Maher Zain dalam album pertama meraih pensijilan 20 kali platinum, kami berharap tahun ini dengan album barunya boleh mencapai lebih tinggi lagi, "katanya. Lebih universal Sebelumnya siaran akhbar Sony Music Entertainment Indonesia menyebutkan Maher Zain menghadirkan karya lagu berirama pop dengan mesej positif yang lebih universal, tidak hanya boleh dinikmati umat Islam saja. 


Dengan tema yang universal ini, Maher berharap akan lebih banyak orang yang menerima mesej-mesej positif dalam lagu-lagunya. Managing Director Sony Music Entertainment Indonesia, Toto Widjojo mendedahkan Maher Zain adalah penyanyi yang telah membawa harum dunia lagu pop Muslim di dunia. Album perdananya yang berjudul 'Thank You Allah' mencatat prestasi sebagai album antarabangsa terlaris sepanjang 2011 dengan pensijilan 20 kali Platinum. 


"Di Indonesia, kehadirannya juga diterima secara meluas oleh masyarakat," katanya. Buktinya, Maher Zain tercatat sebagai artis antarabangsa dengan penjualan album terbanyak pada 2011 di Indonesia. Dalam Album "Forgive Me", Maher akan menghadirkan 14 lagu. Dua lagu diantaranya berbahasa Indonesia dan dalam salah satu lagunya Maher menghadirkan suara bayinya.


Selain promosi album baru, Maher juga akan membintangi sebuah siri TV berjudul "Insha Allah - Find My Way".Siri TV ini merupakan kerjasama Sony Music Entertainment Indonesia dengan DNA Production .Rencananya siri ini akan ditayangkan pada Ramadhan tahun ini di salah satu stesen TV swasta. *


diterjemah dari : www.hidayatullah.com


Rabu, 2 November 2011

Sejauh Mana Kita Prihatin Terhadap Palestin




Palestin itu jauh dari kita
Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan
Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak
irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu
irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi
sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka
berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan
Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan
Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…
Siapakah kita berbanding mereka?
25 May 06
Muharikah
Tapi kalau kalian merasakan Palestin itu dekat dihati kalian Sedekahlah sesuatu untuk saudara kita disana..walaupun secebis Doa' dan jika mampu..Klik dibawah...
QURBAN DAN SEDEQAH DI PALESTIN

5 Untuk Palestin  |  Isi Borang Online


Adakah anda seorang kakitangan awam yang sangat perihatin serta mengambil berat tentang isu kemanusiaan yang kini dihadapi oleh rakyat Palestin?

Anda ingin memberikan sumbangan untuk Palestin secara berterusan tanpa melalui banyak prosedur tetapi tidak tahu caranya dan anda tidak punya banyak masa?

Sertailah 
Kempen 5 Untuk Palestin, dan anda akan mampu melakukan sumbangan secara berterusan dan sistematik walaupun anda tetap bekerja seperti biasa.

Sumbanglah sebahagian dari nilai masa bekerja anda untuk rakyat Palestin!







Tahukah Anda?
Masjid Al-Aqsa terus-menerus digali dari bawah oleh Israel untuk merosakkan struktur binaannya agar ia runtuh.
Setiap hari Israel melancarkan serangan ke atas Gaza sehingga ke hari ini termasuk serangan roket.
Kempen 5 Untuk Palestin

Kempen 5 Untuk Palestin adalah sebuah kempen hasil inisiatif Aman Palestin yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membantu rakyat Palestin membangunkan semula negara mereka yang dimusnahkan oleh Israel dan juga untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa yang dikepung Israel.

Kempen ini merupakan pendekatan khusus bagi membantu kakitangan awam dan agensi swasta yang berhasrat untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM 5 dari pendapatan mereka setiap bulan secara konsisten dan berterusan.






Mengapa Lima?

Dengan memberikan persetujuan untuk menyertai kempen ini, peserta bersetuju untuk memberikan sejumlah wang secara tetap daripada pendapatan mereka setiap bulan secara automatik melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia untuk disumbangkan kepada Palestin.

Rasulullah (saw) bersabda: "Sesungguhnya amal yang dicintai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit."
Bagi seorang kakitangan awam yang mempunyai pendapatan sekitar RM 2,000 sebulan, sumbangan sebanyak RM 5 setiap bulan sebenarnya hanya mewakili 30 minit sahaja daripada purata 208 jam waktu kerjanya selama sebulan iaitu bersamaan dengan lebihkurang 1 minit sahaja sehari.

Jika jumlah pendapatan mereka lebih tinggi dari itu, mereka sebenarnya hanya menyumbangkan beberapa saat sahaja daripada nilai masa bekerja mereka demi membantu rakyat Palestin dan mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa.





Ke manakah sumbangan anda akan disalurkan?

Sumbangan rakyat Malaysia melalui kempen ‘5 Untuk Palestin’ akan disalurkan terus kepada rakyat Palestin bagi membiayai projek-projek pembangunan semula keperluan-keperluan asas agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal sepertimana masyarakat-masyarakat di tempat lain. Hanya dengan menyumbangkan sebahagian kecil pendapatan anda serendah RM 5 setiap bulan, anda mampu menghidupkan kembali sinar harapan agar dapat mereka harungi masa depan yang lebih cerah.






Mengapa harus menyumbang melalui Aman Palestin?

Aman Palestin adalah badan kebajikan yang telah berdaftar secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia sebagai sebuah 
syarikat berhad menurut jaminan yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organization) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Semenjak ditubuhkan Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin samada di Palestin serta di kem-kem pelarian mereka di Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan dari orang ramai. Kami berharap agar keprihatinan yang berterusan rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan dan membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.




Isi Borang Online

Sebarang MoU, perjanjian, usahasama, serta kerjasama ke arah 
penyumbangan dalam bentuk nilai yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat 
Palestin dan kebebasan Palestin amat kami harap & alu-alukan. Segala usaha
 ke arah kebaikan ini hanya Allah saja yang layak membalasnya.




Isnin, 8 Ogos 2011

Irfan Makki feat. Maher Zain - I Believe


P/s : Adakah anda percaya kepada pencipta alam ini..? Percaya.. 100%. Blog , FaceBook,Buku dan lain-lain Media terlampau banyak cacamarba dan banyak kelompongan kerana itu..tak salah untuk ditegur dan diingatkan . Tidak pada 
Al Quran tiada kesangsian darinya..Nak cari kebenaran bacalah Al Quran dan Bergurulah dengan guru yang Mursyid atau Ulama' bukannya dengan Ulamamak.

Selasa, 24 Mei 2011

Sabtu, 30 April 2011

Maher Zain - Freedom (Official Music Video) | ماهر زين - الحرية



Semoga kita  semua mendapat  Kemerdekaan , Kebebasan dan Keadilan yang samarata di dunia ini. Insya Allah, Amin..

Ahad, 6 Februari 2011

Insya’Allah Versi Melayu Dendangan – Maher Zain

Insya’Allah Versi Melayu Dendangan – Maher Zain .Kepada Peminat Maher Zain, ni Lagu versi baru beliau memang terbaik dari beliau untuk anda. Lagu yg kami maksudkan ialah Insya’Allah yang dinyayikan dalam Bahasa Melayu oleh Maher Zain, teruja betul kami.. tq Maher Zain. Korang sendiri dengar lagu tersebut dibawah dan Apa pendapat korang semua tentang nyayian Maher zain dalam versi melayu.Sebenarnya bahasa Melayu ini Bahasa Antarabangsa sejak zaman Melaka hampir 200 tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik