Miracle Berry (gambar: Google)
Dengan memakan buah 'miracle berry'ini sebelum memakan buah lemon, boleh membuatkan anda merasa masam berubah menjadi manis.
Buah ajaib yang berasal dari Afrika ini memang mempunyai kemampuan untuk menukar makanan pahit dan masam menjadi manis.
Para penyelidik di Jepun dan Perancis mendapati bahawa buah yang bernama ilmiah richardella dulfica tersebut mengandungi sebatian sejenis protein yang disebut mirakulin.
Protein ini melekat pada sensor rasa manis di lidah dan untuk sementara waktu mempengaruhi proses pengenalan rasa masam dan pahit. Sementara itu ,yang peliknya buah ajaib ini sebenarnya hambar, tidak mempunyai rasa sama sekali.
"Menarik sekali melihat bagaimana proses ilmiah mirakulin ketika menghalang sensor rasa masam," kata Keiko Abe, seorang profesor biologi-kimia terapan di University of Tokyo. Dia menambah bahawa kesan buah tersebut merupakan hasil meminimumkan perubahan pH yang berlaku ketika mengambil makanan.
Sebagai gantinya, lidah yang dilapisi jus miracle berry akan mengaktifkan sensor rasa manis dan menghalang rasa pahit dan masam. Seperti yang dilaporkan oleh IBTimes, Sabtu (12/11/2011), buah ajaib ini banyak digunakan di restoran-restoran Jepun.Pada masa ini telah muncul spekulasi tentang kemungkinan penggunaan buah ini untuk menyokong cara hidup sihat dengan makanan pahit dan masam, pada umumnya mempunyai nutrisi yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan