IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Idea Buat Duit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Idea Buat Duit. Papar semua catatan

Khamis, 24 April 2014

HARGA SYILING 50 SEN MENCECAH RM19,942


SYILING 50 SEN ANTIK
DUIT SYILING 50 SEN DILELONG PADA HARGA RM19,942 | Siapa sangka, sekeping duit syiling 50 sen yang dibuat/dikeluarkan pada tahun 1968, nilai pasaran antiknya pada masa ini ialah RM19,942!

Semalam, 19 April 2014, sekeping duit syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong dengan harga RM19,942 (termasuk premium pembeli) dalam satu acara lelongan di Singapura.

DUIT SYILING 50 SEN LAMA
Contoh  duit syiling 50sen sisi bergerigi ( Milled Edge)
Duit syiling yang 'rare' itu dibida oleh pengumpul duit lama Malaysia pada harga SGD6500 dalam acara lelongan yang dianjurkan oleh Collectibles Auction Asia ke-3 di Landmark Village Hotel, Singapura.

RM19,942 adalah rekod terbaru untuk duit syiling Malaysia yang termahal setakat ini.

www.mazeermohamad.com

Sabtu, 24 Ogos 2013

Pemuda Palestin Menjual Minyak Wangi 'Morsi' Ditangkap


null
 
Pasukan keselamatan Palestin di Tebing Barat telah menahan seorang pemuda Muslim yang bersimpati kepada bekas presiden Mesir Muhammad Mursy, kerana menjual minyak wangi yang diberi jenama 'Morsi'. Demikian dikatakan pihak keluarga pemuda itu pada hari Khamis (22/8/2013), seperti dilaporkan AFP.
 
Islambuli Badr, pemuda 39 tahun ahli kelopok pejuang Hamas, ditangkap di kedai minyak wanginya di bandar Tulkarim.
 
"Para lelaki dari perkhidmatan keselamatan pada hari Selasa menyerbu kedai saudara lelaki saya dan menyita semua botol minyak wangi yang berjenama 'Morsi', lalu menangkap Islambuli dan juga merampas laptopnya," kata Abdul Fattah Badir saudara Islambuli kepada AFP.
 
"Sehari selepas penangkapan itu, adik lelaki saya Qassam, 24, memasang tulisan di pintu kedai yang berbunyi: Mohon Maaf kepada Para Pelanggan - minyak wangi Muhammad Mursy kami telah disita oleh pihak berkuasa," tambahnya.
 
Abdul Fattah berkata, keluarganya mengetahui tentang serbuan dan penangkapan itu dari para tetangga dan saksi yang melihatnya.
 
"Tidak ada seorang pun ... menghubungi kami tentang penangkapan itu, tempat penahanan saudara lelaki saya atau tuduhan yang dikenakan padanya," jelas Abdul Fattah.
 
Melihat dari barang-barang yang disita aparat, Abdul Fattah menduga penangkapan saudaranya berkaitan dengan jenama minyak wangi yang dijual.
Keluarga Badir dikenali sebagai penyokong kumpulan Islam.
 
Abdul Fattah menegaskan bahawa pemakaian nama Mursy sebagai jenama minyak wangi, semata-mata untuk urusan perniagaan supaya menarik minat pembeli.
 
Tulkarim merupakan salah satu bandar Palestin di Tebing Barat, yang pemerintahannya dikuasai oleh puak Fatah dan mendapatkan pengakuan dari negara Barat. Kumpulan Fatah merupakan lawan politik dari Hamas yang menguasai kerajaan Palestin di Jalur Gaza.
 
Dimasa berkuasa, Mursy membuka hubungan dengan kerajaan Palestin di Jalur Gaza. Dan kerajaan Mesir sekarang hasil rampasan kuasa sokongan tentera menuding Mursy menjadi penyumbang kepada Hamas. *
 
Diterjemah dari: www.hidayatullah.com/
 

Ahad, 31 Mac 2013

Tahi Lembu Jadi Pewangi



PEWANGI tahi lembu akan menambah lagi kepelbagaian produk pewangi di pasaran.


Oleh KASANABILAH KAMARUL ZAMAN


BAYANGKAN, sisa buangan daripada lembu, boleh menjadi pewangi udara. Secara logiknya, mana mungkin najis haiwan herbivor ini boleh menjadikan udara di sekeliling kita menjadi nyaman dan segar.
Biasanya, tahi lembu yang berbau busuk ini lebih banyak digunakan sebagai baja organik oleh petani-petani di negara ini.
Bagi negara India pula, mereka menggunakan tahi lembu sebagai bahan bakar. Tahi lembu juga dijadikan ketulan mampat yang digunakan untuk membina rumah.
Namun, kajian yang dilakukan oleh dua orang pelajar daripada Sekolah Tinggi Indonesia, Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki berjaya menghasilkan pewangi udara daripada tahi lembu.
Dua pelajar ini akan mewakili Indonesia ke pertandingan The International Environment Project Olympiad (INEPO) yang akan berlangsung pada Mei ini di Istanbul, Turki.
Mereka merupakan peserta pertandingan Projek Sains Olympiad Indonesia yang berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan disertai oleh hampir 1,000 orang peserta di seluruh Indonesia.
Syarat untuk menyertai pertandingan ini ialah, para peserta perlu menggunakan bahan yang mudah didapati di semua negara dan tidak bermusim.
Jadi, kedua-dua pelajar itu telah memilih tahi lembu sebagai bahan asas penyelidikan mereka.
Pewangi yang dicipta oleh dua pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Muhammadiyah ini sangat mesra alam dan berbau seperti herba.
Menurut Nailul, haruman yang dihasilkan mereka mempunyai bau semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan.
"Haruman ini mempunyai bau tumbuhan tulen yang menjadi makanan lembu dan bukan kerana bantuan bahan kimia untuk menjadikannya wangi," ujarnya.
Nailul dan Rintya melakukan kajian dari aspek pemasaran untuk mengetahui potensi produk yang mereka hasilkan itu boleh dipasarkan.


SEBAHAGIAN besar penduduk India membina rumah menggunakan najis haiwan ini. - Gambar hiasan


Proses
Rintya berkata pewangi tahi lembu ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana kosnya adalah sangat murah, iaitu RM6.70 untuk setiap pek 225 mililiter.
“Selain harganya yang murah, pewangi ini juga tidak mengandungi bahan kimia seperti benzo acetat yang berbahaya untuk manusia,” jelas Rintya.
Proses untuk menghasilkan pewangi ini dimulakan dengan mengumpul tahi lembu untuk proses penapaian. Tahi lembu berkenaan diambil dari ladang lembu yang terletak di Rempit Kabupaten, Jawa Timur.
Tahi lembu yang dikumpulkan akan ditapai selama tiga hari. Air yang terhasil daripada proses penapaian ini akan diambil dan dicampurkan dengan air kelapa.
Air yang sudah bercampur berkenaan akan diekstrak melalui proses penyulingan secara berperingkat selama tujuh hari.
Proses tersebut dilakukan untuk membuang bahan kotor yang terdapat dalam sisa buangan lembu ini.
Hasil daripada proses ini, air tersebut berbau seperti rumput segar.
Nailul memberitahu bahawa mereka akan mendaftarkan ciptaan mereka ini di bawah Hak Harta Intelek (IPR) kerana tiada lagi produk yang sama didaftarkan.
“Jadi, kita ada peluang yang besar untuk mendapatkan hak cipta,” jelas Nailul.

www.kosmo.com.



Isnin, 17 September 2012

Lukisan Dibeli Dengan Harga RM21 Di Pasar Lambak Bernilai Lebih RM300,000.00



WASHINGTON: Seorang wanita dari Virginia membayar AS$7 (RM21.24) untuk sebuah lukisan Renoir yang dibeli di pasar lambak, akan menjual lukisan itu dengan harga yang tinggi, bulan ini.

Lukisan itu dinilai pada harga AS$75,000 hingga AS$100,000 (RM227,535 hingga RM303,380) menurut pelelong Potomack Co, yang menguruskan penjualan lukisan Paysage Bords de Seine oleh pelukis impresionis Pierre-Auguste Renoir. 

Ketika membeli-belah di pasar lambak di Virginia Barat, dua tahun lalu, wanita itu, yang enggan namanya didedahkan, menemui lukisan itu dalam sekotak barang-barang lama.

Ketika dia membersihkan rumahnya daripada barang-barang yang tidak diperlukan lagi, baru-baru ini, dia terjumpa kembali lukisan yang dibeli. Ibunya menyuruh dia menilai harga lukisan itu.

Wanita bertuah itu bercadang untuk membawa ibunya ke Perancis selepas jualan lelong dan membawa sejambak bunga ke pusara Renoir.

www.queachmad.com

Selasa, 11 September 2012

8 Blogger Jutawan Jana Pendapatan Melalui Blog


Mahukan pendapatan bulanan mencecah jutaan dollar???
Apa yang anda perlukan hanya sebuah komputer dan internet saja!!!

 Inilah yang berlaku pada zaman moden, dengan hanya duduk di rumah atau melepak di kedai kopi, anda boleh dapat pendapatan lumayan. Masih tidak bercaya? Di sini penulis senaraikan 8 blog yang telah menghasilkan pendapatan lumayan kepada pemiliknya. 

1. BoingBoing 
 Pemilik : Mark Frauenfelder 
Dilancarkan : January 2000 
Pendapatan : 1 Milllion setahun 
Topik : Komik, Fiksyen, Ilmiah, Komputer, dan Teknologi 
Trafik : 22 juta paparan halaman dan 2.6 juta pengunjung unik 
Kemaskini : 20-40 post sehari dengan 4 penulis bayaran 
Sumber pendapatan : Iklan dengan Harga US $ 350 seminggu (butang kecil), iklan banner $ 2000 – $ 3000 untuk minimum 170,000 impresion

2. ShoeMoney 
 Pemilik : Jeremy Schoemaker 
Dilancarkan : Oktober 2005 
Pendapatan : $12,000 sebulan 
Topik : Make Money Online 
Trafik : 20,000 pengunjung unik sehari 
Sumber pendapatan : Produk sendiri, AuctionAds dan Adsense

3. talkingpointsmemo.com 
 Pemilik : Josh Marshall. 
Dilancarkan : November 2000 
Pendapatan : $54,000 sebulan 
Topik : Politik 
Trafik : 500,000 page views seminggu 
Sumber pendapatan : Iklan, affiliate

4. perezhilton.com 
 Pemilik : Mario Lavandeira 
Didirikan : September 2004 
Pendapatan : $110,000 per bulan 
Topik : Gosip selebriti 
Kemaskini : 20 post sehari 
Trafik : 4 juta pengunjung unik sehari 
Sumber pendapatan :Iklan (1 banner berharga $13,000 per hari)

5. Gothamist 
 Pemilik : Jake Dobkin 
Didirikan : Januari 2003 
Pendapatan : $50,000 per bulan 
Topik : Tentang New York, seni, makanan, events, dan 7 kota-kota metropolitan dunia 
Kemaskini : 20-25 post per hari (lebih dari 5 penulis) 
Trafik :7 juta page views sebulan 
Sumber pendapatan : Iklan

6. TechCrunch 
 Pemilik : Michael Arrington 
Didirikan : Jun 2005 
Pendapatan : $200,000 per bulan 
Topik : mobile technology, and sites 
Trafik : 5 juta page views per bulan 
Sumber pendapatan : Iklan (button kecil $300 dan banner paling kecil $1,000 per minggu)

7. Mashable 
 Pemilik : Pete Cashmore 
Didirikan : Julai 2005 
Pendapatan : $166,000 per bulan 
Topik : Trend of mashups 
Trafik : 4 juta page views per bulan 
Sumber pendapatan : Iklan teks ( $100 per minggu) dan banner ( $2,000 per minggu)

8. Problogger 
 Pemilik : Darren Rowse 
Didirikan : November 2004 
Pendapatan : $100,000 per tahun 
Topik : Make money online dan make money bloggin 
Kemaskini : 1-2 post per hari 
Trafik : 1.5 juta pengunjung per bulan 
Sumber pendapatan : Chitika, Google AdSense, Text Link Ads, dan Amazon Associates.

Sumber: bloginfo4uall

Sabtu, 8 September 2012

Cara Membuat Enzim dari Sampah Dapur Rumah Anda


Apakah dia “Enzim Sampah Dapur?”

Enzim Sampah Dapur adalah produck cecair hasil dari process penapaian bagi kegunaan serbaguna ia adalah larutan/ramuan kompleks yang dihasilkan oleh penguraian sisa segar dari dapur (sayur-sayuran dan buah-buahan), gula (gula perang, gula jageri atau molasses) dan air. Warnanya perang tua/gelap dan tapai yang sangat masam manis. Enzim Sampah Dapur juga adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya meliputi kegunaan di rumah, pertanian, penternakan haiwan dan sebagainya.

Bagaimana Sampah Dapur kulit buah-buahan & sayur-sayuran digunakan Untuk Penghasilan ekoEnzim Sampah 


FERMENTASI

Fermentasi (Penapaian) adalah suatu proses perubahan kimia dalam substrat organic yang dapat berlangsung karena aksi katalisator biokimia, yaitu enzim yang dihasilkan oleh mikroba hidup tertentu, seperti asam – asam organik, protein sel tunggal, antibiotik, dan biopolymer. Fermentasi merupakan proses yang amat murah yang pada hakikatnya telah lama dilakukan oleh nenek moyang kita secara tradisional dengan produk – produknya yang diguna orang sehingga sekarang, seperti tapai, tempe, jeruk, dan lain – lain.

Mikroba-mikroba dalam fermentasi meliputi ragi, kulat, dan bakteri. Disebabkan organisma tersebut tidak memiliki klorofil sendiri, maka ia tidak dapat melakukan fotosintesis, sehingga ia harus mendapatkan makanannya dari bahan-bahan organik. Tiap-tiap jenis mikroba memiliki ciri morfologi, bentuk dan ukuran, serta perkembangbia yang berbeda, namun mereka memiliki persamaan, yaitu dapat menghasilkan enzim.

Fermentasi etanol berlangsung secara anaerob (tanpa oksigen) dengan bantuan sekelompok enzim yang dihasilkan oleh Saccharomyces cereviceae. Untuk
terus hidupnya, Saccharomyces cereviceae memerlukan energi. Di dalam proses fermentasi, Saccharomyces cereviceae memperoleh energinya dari bahan yang difermentasikan Secara kasar, fermentasi karbohidrat dapat dibagikan menjadi dua peringkar ia itu :

1. Pemecahan karbohidrat (pati) menjadi gula pereduksi

Pemecahan karbohidrat menjadi gula pereduksi karena difermentasi oleh enzim diastase dan maltase yang terkandung dalam ragi, seperti yang terlihat pada reaksi berikut :

2. Perubahan gula pereduksi menjadi etanol

Perubahan gula pereduksi menjadi etanol dilakukan oleh enzyme zymase, yaitu enzim
kompleks yang terkandung dalam ragi. Reaksinya adalah sebagai berikut :

Melihat dari reaksi diatas, kelihatan O2 tidak diperlukan, hanya pengubahan pada zat organic yang satu menjadi zat organik yang glukosa menjadi etanol.

Proses fermentasi sisa dapur seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran seperti kulit ubi kayu termasuk jenis fermentasi dengan substrat padat biasanya disebut Solid State Fermentation (SSF). SSF adalah tumbuhan bakteria pada unsur (patikal) padat yang mana rongga diantar patikal-patikal mengandung fase gas dan air. Meskipun tetesan air mungkin kelihatan pada patikel, dan mungkin cuma lapisan nipis pada permukaan patikal. Kebanyakan dari proses SSF adalah dari golongan kulat, meskipun beberapa golongan bakteria dan beberapa golongan ragi. SSF biasanya menggunakan inokulum traditional, dan proses SSF merupakan fermentasi aerob. Substrat dari SSF menggunakan produk atau by produk dari perkebunan, pertanian, hutan atau makanan.Hasil dari process ini adalah terhasil ekoenzim sampah dapur.

Dalam process fermentasi, dari hari pertama anda mula memerap atau menapai sisa makanan organik. Proses katalisnya sudah mula membebaskan gas ozon, penukaran ammonia kepada nitrat (NO3), iaitu sejenis hormone semulajadi dan bahan makanan untuk tumbuh-tumbuhan laut dan kehidupan laut. Molekul itu kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida dalam lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan. Sekali gus haba dapat dibebaskan dari muka bumi, mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.



Ketahuilah kaedah muktahir bagi menyelamatkan Bumi ini adalah dengan menghasilkan enzim yang boleh dilakukan di dapur anda sendiri. Hasilnya adalah kesejahteraan dan kemakmuran Bumi.

• Menjimatkan wang ringgit
• Menukarkan sisa dapur kepada pembersih rumah semulajadi
• Kegunaan yang pelbagai
• Pembersih penapis udara, menyahkan bau busuk, racun serangga, ditergen, penjagaan badan, penjagaan kereta, baja organic dan sebagainya.
. Mengurangkan pencemaran.
• Gas Metan yang dikeluarkan daripada sampah dapur yang dibuang boleh memerangkap panas/haba 21 kali lebih banyak berbanding dengan CO2, yang juga penyumbang kepada pemanasan sejagat.
• Menapis air bawah tanah. Enzim yang mengalir di bawah tanah dengan secara semulajadi menapis aliran air sungai dan laut.
• Anti bacteria dan virus
• Antiseptic (pembunuh bacteria dan virus) semulajadi untuk rumah anda.
• Mencegah paip kumbah daripada tersumbat dan limbah.
• Mengeluarkan sisa yang terkumpul di dalam paip basin basuh tangan, sinki dan mangkuk tandas.

Bahan Asas Meyediakan Eco-Enzim:

Cara Penyediaan Eco-Enzim:





Peyimpanan Fermentasi Eko Enzim





Kandungan Zat

Kegunaan Eko-Enzim











PENJAGAAN KESIHATAN
Alamsektar



Penggunaan Enzim & Kadar Larutan

KADAR LARUT KEGUNAAN KUANTITI KEGUNAAN




SEMUGA BERJAYA DALAM CUBAAN MEYEDIAKAN EKO-ENZIM SENDIRI DARI DAPOR RUMAH

herbadantumbuhan.

Rabu, 30 Mei 2012

Darah Belangkas Berharga RM 17,500 Seliter




Darah berwarna biru dari belangkas berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.

Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.

Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.

Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

malaysiasensasi.net

Khamis, 26 April 2012

Kerja Sekali, Pendapatan Sampai Bila-Bila

Lama juga saya tidak masukkan tip Kewangan saya daripada segmen TV saya, WW di Astro Awani “Wanita & Wang”. Jadi, ini tip saya dari segmen saya pagi tadi… bukan untuk Wanita sahaja… Lelaki pun!  


Pastinya anda tertarik bukan? Kerja sekali, tetapi pendapatan sampai bila-bila. bagaimana hendak lakukan? Jawapannya adalah: Residual income atau passive income- antara senjata untuk menjadi jutawan!
Berikut adalah beberapa contoh residual income atau pendapatan yang berulang…
Sekiranya anda hebat menyanyi, anda boleh buat album lagu. Penyanyi-penyanyi kita mendapat residual income. Walaupun album sudah keluar 10 tahun lalu, sampai kini masih menerima royalti dari jualan setiap album. Pernah terfikir tak mengapa penyanyi-penyanyi barat walaupun satu sahaja lagu sedap, tapi boleh jadi multimillionaire? cara yang sama- menerima royalti, tetapi royalti dari jualan album ke seluruh dunia!
Tapi IK, saya tak pandai menyanyi!
Kalau tak pandai menyanyi, atau menari macam saya ni (sapa tengok JTL tau lah!) , kita boleh menulis buku. Penulis buku juga menerima royalti atas jualan setiap buku.Mungkin ia mengambil masa 2-3 bulan untuk siapkan satu buku, tetapi pendapatan dari royalti belian setiap buku akan diterima oleh penulis! Buku pertama saya RJJIT ditulis pada tahun 2005. Sehingga kini saya mendapat pendapatan darinya. Buku terbaru Nota Jutawan: Nota motivasi juga saya mendapat pendapatan setiap bulan…
Tapi IK, saya tak pandai menulis…macam mane?
Paling ramai jutawan tercipta di dunia daripada jutawan hartanah. Real estate. Dalam kata lain, beli rumah, dan dapatkan penyewa pada bayaran lebih daripada bayaran bulan-bulan kepada bank. Menyewa kan rumah (atau kedai/pejabat) juga anda hanya kerja sekali, tetapi pendapatan akan masuk sampai bila-bila selagi ada penyewa!
IK, hartanah ni kita perlu modal besar… saya takde modal macam mane?
Idea juga boleh menjadi residual income. Tak perlu modal.
Pernah anda lihat “battery indicator” pada battery Duracell? pernah anda menggunakan “Post-it”? Pernah anda lihat gambar Mickey Mouse atau Hello Kitty? Bagi pemain guitar electric, anda perasan tak bahagian besi pemegang tali tu adalah sesuatu ciptaan unik? Ini semua antara idea yang telah menjadi “patent”. Setiap kali idea tersebut digunakan, pencipta akan menerima pendapatan!
IK, saya ni tak pandai nak cipta benda-benda baru…
Kalau begitu, sesetengah perniagaan juga memberi “residual income”. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila. Sebagai contoh, MIBO. Antara product MIBO adalah TM Smart Call. Sekali anda mendapat pelanggan Smart Call (boleh mengurangkan bil telefon pelanggan), selagi pelanggan tersebut menggunakan telefon, anda akan mendapat residual income. Kerja sekali, pendapatan sampai bila-bila!
IK… kalau saya tak pandai berniaga?
Haa… di sini lah saya nak quote kembali pesanan Dato Dr Fadzilah Kamsah:
“Orang lain buat duit, kita buat alasan!”
Banyak cara untuk menjana pendapatan… banyak cara untuk menjana pendapatan secara residual. Tetapi, kalau banyak alasan, jangankan residual income. Income yang kerja sekali, pendapatan sekali pun, kita takkan dapat  Kalau semua tak boleh, jawapannya dalam Al-Quran: banyak-banyak membaca… cari ilmu. Bila ada ilmu, yang tak boleh, kita bolehkan juga .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik