IKLAN

Memaparkan catatan dengan label Berhati-hati Dengan Teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berhati-hati Dengan Teknologi. Papar semua catatan

Ahad, 22 April 2012

Sweden Sahkan Ajaran Online Sebagai Agama, Kini Diterima Di Amerika


STOCKHOLM: Sebuah ajaran yang kemudian diterima sebagai agama di Sweden iaitu 'Kopimism' berdasarkan kepercayaan bahawa semua orang bebas untuk menyalin dan mengedarkan semua maklumat tanpa mengambil kira hak cipta atau paten, semakin menular apabila mula diterima di Amerika Syarikat.
Pengikut ‘Kopimism’ percaya tindakan menyalin, berkongsi dan memperbaiki pengetahuan termasuk muzik dan maklumat lain adalah naluri semula jadi.
Budaya tertentu menyebabkan orang ramai rasa lebih selesa dan lebih menghargai kehidupan mereka. Ilmu pengetahuan juga perlu disalin tanpa dihalang undang-undang. - Isak Gerson, Pengasas Kopimism
Mereka sudah menubuhkan Gereja Kopimist dan percaya semua hal mengenai maklumat khususnya internet adalah sesuatu yang suci. Malah, gereja itu dilaporkan bergerak di 18 negara.

Mereka juga berkata, perbuatan ‘salin’ dan ‘lekat’ atau ‘copy paste’ adalah satu amalan universal. Berikutan itu, ‘CTRL+C’ dan ‘CTRL+V’ di papan kekunci menjadi simbol agama mereka.

“Budaya tertentu menyebabkan orang ramai rasa lebih selesa dan lebih menghargai kehidupan mereka. Ilmu pengetahuan juga perlu disalin tanpa dihalang undang-undang,” kata pengasas Kopimism, Isak Gerson, 20 (kanan).

“Kita akan menjadi manusia yang lebih baik apabila berkongsi pengetahuan dan budaya bersama,” katanya lagi. 
Di kalangan ahli Facebook, 3,500 orang sudah memberi tanda ‘like’ sebagai menyokong Kopimism. Dalam manifestonya, peraturan kod perisian sumber tertutup dan perisian antilanun disamakan dengan ‘perhambaan.’

Satu cawangan agama itu baru-baru ini didaftarkan di Illinois dan dalam proses diberi pengiktirafan, kata pelajar di Universiti Chicago, Christopher Carmean, 25, ketua cawangan berkenaan.

“Data mencorakkan kehidupan kita dan ia digunakan untuk menunjukkan reaksi kita. Perbuatan menyalin, mengubah suai dan berkongsi data meningkatkan kehidupan kita. Cubaan menyekatnya tidak beretika dengan kehidupan kita yang berasaskan data,” katanya.

Kira-kira 450 orang sudah mendaftarkan diri dengan gereja itu dan 30 dilaporkan aktif mengamalkan penggunaan ‘Ctrl+C’ dan ‘Ctrl+V’.

Kelahiran ‘Kopimism’ di Sweden tidak perlu dihairankan kerana negara itu mempunyai antara undang-undang hak cipta paling longgar di dunia.

Parti Lanun Sweden mempunyai dua kerusi di Parlimen Eropah manakala laman web ‘The Pirate Bay’ yang juga antara portal simpanan fail terbesar dunia masih beroperasi meskipun aktivitinya menyimpan fail diharamkan. 

– Agensi 


P/s: Apa-apa sajalah diorang ni,berhati-hati dengan jaruman halus Syaitan ini. Allah S.W.T. hanya menerima Islam sebagai Addin @Agama. WallahuA'lam.



Isnin, 19 Mac 2012

Radiasi Telefon Bimbit Pengaruhi Janin

PENGGUNAAN telefon bimbit oleh wanita hamil membawa kesan negatif pada bayi dalam rahim.
Gambar carian Google

PENGGUNAAN telefon bimbit oleh wanita hamil boleh meningkatkan risiko terhadap anak dalam kandungan.
Para penyelidik dari Universiti Yale, Amerika Syarikat (AS) mendakwa, pendedahan radiasi telefon bimbit ketika hamil boleh menjejaskan perkembangan otak janin dengan risiko janin hiperaktif sehingga 30 peratus, ketakutan dan rendah daya ingatan.
Penyelidikan yang diketuai Prof. Hugh Taylor mendapati telefon bimbit boleh membawa kesan negatif terhadap bayi dalam rahim berdasarkan hasil uji kaji yang dijalankan ke atas seekor tikus bunting.
Beliau menyarankan wanita hamil memastikan jarak telefon bimbit dengan mereka lebih kurang semeter.
Namun, sekumpulan saintis Britain yang diketuai Prof. Katya Rubia, menafikan kajian itu.
Rubia menjelaskan anak tikus yang belum dilahirkan itu mungkin telah didedahkan dos radiasi yang tinggi berbanding bayi yang belum dilahirkan.
Sementara itu, sekumpulan pakar dari Kolej Universiti London, mendakwa perbandingan antara tikus dan manusia tidak relevan kerana anak tikus dilahirkan selepas 19 hari berbanding manusia yang mengandung selama sembilan bulan./Kosmo

Selasa, 13 September 2011

Kerana SMS Palsu - Penganut Agama Kristian Dan Islam Bergaduh



Assalamualaikum.
Ambon kembali bergolak. Dikhabarkan ramai yang telah menjadi mangsa dek kerana penyebaran SMS palsu. SMS palsu itu telah menyebabkan penduduk Islam dan Kristian bergaduh di Ambon.

Dimaklumkan juga, pihak polis Indonesia sedang giat mencari penyebar utama SMS palsu tersebut. 

Inilah bahananya apabila ada pengadu-domba, inilah bahananya andai satu perkhabaran tanpa kesahihan menjadi sumbernya. Inilah akibatnya jika perasaan hasad dan dengki menakluk hati.

JAKARTA: Penyebaran mesej pesanan ringkas (SMS) palsu menjadi punca pertempuran di Ambon antara penduduk Islam dan Kristian menyebabkan tiga orang maut dan 89 cedera selain memaksa 400 anggota keselamatan dikerah berkawal di bandar itu.


Pergaduhan itu dilaporkan meletus di ibu kota Maluku, kelmarin selepas SMS menyatakan seorang pemandu teksi Muslim diserang dan dibunuh penduduk Kristian. Satu kumpulan dipercayai turut disertai anggota keluarga pemandu teksi itu bersenjatakan parang dan batu terbabit dalam pergaduhan.

Jurucakap polis kebangsaan, Anton Bachrul Alam, berkata pihak yang menyebarkan SMS palsu itu sudah diketahui tetapi tangkapan belum dibuat.

“Kami gesa penduduk Ambon tidak menyebarkan SMS yang boleh mencetuskan masalah,” katanya.

Anton berkata, rusuhan tercetus selepas kemalangan jalan raya membabitkan seorang pemandu teksi.

SMS palsu itu menyatakan, seorang pemandu teksi, Darmin Saiman, diserang dan dibunuh. Pergaduhan meletus selepas dia dikebumikan. – Agensi

Rabu, 10 Ogos 2011

Kelebihan Android




Skrin Sesentuh Yang Lebih Sensitif


Jika korang pengguna telefon skrin sentuh, selain Android, korang mungkin mengalami masalah dengan skrin sentuhnya yang kurang sensitif dan agak susah terutamanya untuk orang yang berjari besar. Tetapi dengan Android, ia memberikan kelainan kepada pengguna dengan kecekapan sesentuhnya yang lebih sensitif dan peka kepada jari/kulit kita.

Kemudahan Download Games Dan Software


Dengan Android, korang boleh memuat turun beribu-ribu software dan games di Android Market dengan Percuma!!. Mudah dan senang. Jadi, korang boleh download pelbagai software setiap hari tanpa memikirkan masalah kewangan.

Internet Yang Laju


Satu lagi kelebihan Android, korang boleh mengakses internet tanpa sebarang gangguan kerana kelajuannya sama seperti anda melayari internet menggunakan laptop korang. Tak percaya? cubalah sendiri berbanding dengan menggunakan telefon biasa, korang mesti kagum.

Rangkaian Sosial Di Hujung Jari


Facebook, twitter, tagged, dan lain-lain. Semua itu korang boleh bersosial menggunakan Android. Tap ikon di skrin telefon korang dan terus boleh guna. Senang!.

Kelainan Yang Nyata


Kalau sebelum ni korang menggunakan telefon QWERTY, atau telefon slide dan sebagainya, apa kata korang cuba telefon Android yang memberikan kelainan dengan menawarkan skrin sentuh. Jangan membuat spekulasi yang telefon skrin sentuh leceh sehingga korang belum mencubanya sendiri. Ingat!, telefon skrin sentuh biasa dengan Android amat berbeza!!.

 

Selasa, 14 Jun 2011

Berhati-hati Dengan Teknologi

Memang tidak dinafikan ia telah menjadi kewajipan hampir setiap orang tetapi berhati-hati dengan teknologi.
 
1. TELEFON BIMBIT


Seorang wanita kehilangan handbag yang mengandungi handphone,kad kredit,beg duit dan sebagainya. Lima belas minit kemudian dia menelefon suaminya. Suaminya berkata “Abang menerima sms dari awak yang meminta no pin kad bank, dan saya baru sahaja membalasnya”.


Kemudian dia terus ke bank untuk ‘block’ kadnya tetapi terlambat kerana wangnya telah di ‘withdraw’ pencuri tersebut.

Pengajaran dari cerita di atas:

1. Jangan menerangkan hubungan di dalam contact list. Elakkan menggunakan nama Home, Abang Sayang, Honey, Sweetheart, Mak, Abah dan sebagainya.

2. Jika mendapat SMS yang bertanyakan pasal sekuriti, sila confirmkan semula.

3. Lagi jika anda menerima SMS family, kawan-kawan, orang tersayang yang mengajak anda keluar, berjumpa di mana-mana, juga confirmkan semula.


2. GPS


Sekeluarga sedang menonton perlawanan bolasepak di stadium apabila kereta mereka dipecahkan oleh perompak. Di dalam kereta tersebut terdapat GPS, remote pagar rumah, kunci rumah dan sebagainya.

Apabila pencuri tersebut menjumpai rumah mereka, mereka merompak pula rumah mereka dan semua barangan berharga habis dikebas.


Pengajaran dari cerita di atas:

Pencuri tersebut menggunakan GPS untuk mencari rumah mereka. Pencuri tersebut menggunakan remote pagar rumah dan kunci untuk mereka menyamun bersih rumah mereka pula kerana pencuri tersebut tahu mangsa sedang menonton perlawanan bolasepak dan mereka mempunyai banyak masa.

So jika korang menggunakan GPS jangan letakkan alamat ruamah didalamnya. Letakkan alamat yang berdekatan spt stesyen minyak,kedai dan sebagainya. Jadi anda boleh mencari rumah anda (jika perlu) dan pencuri tidak tahu di mana rumah anda.


3. PERBANKAN INTERNET



Seorang yang membayar bil secara online dan mencetaknya kemudian ditinggalkan di atas meja. Pada malam itu, rumahnya dirompak dan perompak tersebut itu tahu dia menggunakan perbankan internet selepas menjumpai salinan pembayaran yang dicetak.

Perompak tersebut telah memaksa mangsa memberitahu password perbankan internet dan membuat money transfer pada malam itu juga.


Pengajaran dari cerita di atas:

Jika anda pengguna perbankan internet yang aktif, salinan pembayaran yang anda cetak hendaklah disimpan dalam fail dan disimpan, jangan bersepah-sepah. Anda boleh juga membuat print screen dan menyimpan di fail microsoft word atau dalam bentuk gambar dengan aplikasi Paint.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik