Salam.
Atas  kesedaran dan etika yang saya cuba pegang selama ini (sebagai blogger),  apabila sesuatu berita itu ada kesangsian, setelah kita menjadi  penyebarnya, maka eloklah cepat-cepat kita perbetulkan jika ada tiba-tiba muncul  fakta yang tak berapa nak menyakinkan. Bukan apa, takut nanti bila  tersilap mengkhabarkan, ia seperti menfitnah sia-sia aje dapat dosa kering bulan puasa ni... dan faham-faham  sahajalah ... dosa fitnah ni macam mana...lebih berat dari dosa berzina atau membunuh orang.
Dan kerana itulah, anda patut baca akan pengakuan seorang blogger ini:
Jadi, siapakah sebenarnya yang  tersilap? Adakah Gaysec telah tersilap orang? Atau blogger ini yang  tersilap mengenal rakan? Apapun, hendaknya nanti jangan sampai tersilap  andaian, tersilap fakta, nanti buruk akibatnya ... dan saya cuba untuk  menghalang dari berlaku akibat yang buruk itu.
Difahamkan satu laporan polis telah dibuat mengenai perkara ini. 
Entri ini merupakan kontra kepada entri berikut: Akhirnya Wajah Hajjah Sitt Al-Wazura Terbongkar Jua.
P/s: Terima Kasih bebanyak buat Hasrul Hassan.


Terima kasih kerana menyebarkannya, semoga apa yang benar dirungkaikan, dan mari sama-sama berdoa agar kita tak tergolong dari orang yang menyebarkan fitnah. InsyaAllah.
BalasPadamSama-sama.saya pun agak sangsi dengan cerita tu, kalau betul oklah...kalau tidak,maka sia-sialah ... dosa pun dapatkan..terima kasih bro.
BalasPadam