IKLAN

Jumaat, 19 Ogos 2011

Ketika BERPUASA Prestasi Kami LEBIH BAIK - Pemain REAL MADRID


Pemain tengah Real Madrid Hamit Altintop.

Pemain tengah Real Madrid Hamit Altintop berkata bahawa kualiti prestasi permainannya bertambah baik apabila beliau berpuasa di dalam bulan Islam Ramadan yang mulia.

Altintop berkata dalam satu wawancara dengan televisyen Turki tempatan bahawa dia sentiasa berpuasa sejak dia baligh walaupun ia lebih sukar apabila hari puasa jatuh pada hari perlawanan.

Pemain kebangsaan Turki itu menambah bahawa pemain Islam akan berasa lebih kuat pada bulan suci.

Dalam bulan Ramadan, umat Islam di seluruh dunia berpuasa dan mereka menahan diri daripada makan, minum, dan lain-lain keperluan fizikal pada waktu siang.

Altintop sebelum ini bermain untuk kelab Jerman, Bayern Munich sebelum menyertai Real Madrid.

Pemain utama muslim pasukan Real Madrid Sepanyol, Karim Benzema dan Mesut Ozil juga berpuasa dengan kebenaran pengurus, Jose Mourinho. 

(sumber)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik