IKLAN

Selasa, 23 Ogos 2011

Anda Ditahan Polis ? Ketahui Hak Anda














Apabila anda di tahan dan mahu dibawa kebalai polis,apa yang anda mesti lakukan ketika itu?

PERTAMA- Hak untuk diberitahu sebab di tangkap.Orang yang ditangkap itu adahak asa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk di beritahu secepat yang boleh dalm bahasa yang biasa sebab musabab di tangkap.Kecualilah jika dia dapat di simpulkan daripada hal keadaan sekeliling atau jika dia menyukarkan pihak polis yang membuat tangkapan untuk menjelaskannya.Contohnya Ali di tangkap sedang menghisap dadah.Jadi hal disekelilingnya telah menyimpulkan sebab dia di tangkap. Di bawah Seksyen 28A Kanun Acara Jenayah yang baru,orang yang di tangkap tanpa waran hendaklah di beritahu seberapa kadar segera yng boleh mengenai alasan dia di tangkap oleh pegawai yng menangkap

KEDUA-Hak untuk menghubungi peguam.Perlembagaan Persekutuan juga memberikan orang yang di tangkap hak untuk berunding dan dibela oleh seorang peguam pilihannya sendiri.Tetapi hak untuk menghubungi peguamini boleh di nafikan jika polis berpendapat bahawa dengan membenarkan orang yang di tangkap menghubungi peguam sebelum penyiasatan selesai dijalankan akan;
  • mengganggu keterangan
  • menyedarkan orang yang di syaki yang belum di tangkap
  • menghalang usaha mendapatkan kembali harta curi
Bagaimanapun,selesai saja penyiasatan,orang yang di tahan itu mesti dibenarkan untuk berunding dengan peguamnya dalam tempoh masa yang munasabah . Hak orang yang di tangkap tanpa waran kini lebih terjamin apabila pegawai polis yang membuat tangkapan mesti memberitahu bahawa hak untuk menghubungi peguam ini wujud sebelum memulakan siasatan,.Atau .mencatakan apa -apa penyataandaripadabahawa dia boleh berhubung dan berunding dengan seorang pengamal undang-undang pilihannya sendiri.

Sekiranya permohonan tersebut untuk mendapatkan peguam telah dibuat suspek,pegawai polis hendaklah membenarkan satu tempoh masa yang munasabah bagi peguam tersebut untuk datang dan berunding dengan suspek di tempat tahanannya.

Segalanya kemudahan yang berpatutan untuk urusan komunikasi dan rundingan hendahklah disediakan secara percuma.Bagaimanapun,kebenaran untuk berjumpa dengan peguam boleh dinafikan jika ada sebab untuk mempercayai: 
a.dengan membenarkan orang yang ditangkap berjumpa peguamnya akan mengakibatkan: 
i.rakan subahat orang yang ditangkap itu mengambil langkah untuk mengelak tangkapan atau;
ii.penyembunyian,  permalsuan atau permusuhan keterangan atau boleh menakutkan saksi .
b.demi keselamatan orang lain, langkah menyoal dan mencatatkan apa-apa kenyataan itu adalah terlalu penting sehingga ia tidak boleh ditangguhkan lagi .

KETIGA - suspek mempunyai hak ini sebelum polis mula menyoal untuk memberitahu mereka bahawa:
  • dia telah ditangkap
  • masa,tempat, dan sebab di tangkap
  • pengenalan pegawai polis yang menangkapnya

    polis Pictures, Images and Photos
  • balai polis tempat dia di tahan
  • tempoh tahanannya
walaupun begitu,seekali lagi hak ini boleh dinafikan jika ada sebab-sebab di atas.

KEEMPAT-Hak untuk berdiam diri.Jika anda ditahan dan polis mahu anda menjawab soalan ,jika anda rasa jawapan anda itu menjerat diri anda sendiri dan soalan itu mempunyai kecenderungan untuk mendedahkan anda pada tuduhan jenayah,penalti,atau pelucut hak,jadi anda berhak untuk berdiam diri.Sekalipun percakapan atau soalan itu di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

Sumber : Borakkosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik