IKLAN

Sabtu, 27 Ogos 2011

Ucap Bismillah Dan..


Sebelum memulakan perjalanan, bacalah Bismillah dan doa naik kenderaan. 

Bersedialah dalam hati dengan perkara-perkara yang dijangka akan berlaku seperti jalan sesak dan sebagainya. Pastikan diri sentiasa tenang.
Sentiasa berfikiran positif, dan elak mengeluarkan perkataan negatif yang akan menjerumus kamu bersifat tidak sabar. Tenangkan diri.

Pasang zikir-zikir Allah di dalam kenderaan. Ingat ibu bapa, saudara mara, sahabat handai yang menunggu kepulangan kamu. Kamu ingin balik memberi mereka senyuman bukan kesedihan. 

Paling baik jika anda basahkan bibir dengan memuji-muji nama Allah S.W.T dan berselawat kepada Rasullah S.A.W.
Dan yang paling penting, sentiasa berharap kepada Allah S.W.T moga-moga perjalanan anda selamat. 


مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
www.iluvislam.com

Selamatkan Puasa yang berbaki itu..Selamat Meneruskan Perjalanan walau dimana pun kalian tuju, selamat pergi dan balik dan Selamat Menyambut Eidul Fitri.Assalamualaikum.Sesungguhnya Allah Itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik