IKLAN

Khamis, 25 Ogos 2011

Lipas Mungkin Punca Asma Di Kalangan Kanak-Kanak




NEW YORK – Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York.
Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus.

Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.
Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu.

Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. – Reuters


20 Fakta Menarik Tentang Lipas
Ramai yang tak suka akan lipas ni sebab geli jijik dan sebagainya. Tapi tak salah kalau kita tahu beberapa fakta yang menarik tentang lipas ni.


09 COCKROACH 20 Fakta Menarik Tentang Lipas

1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila .

2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.
3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus.
4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.
5. Lipas mempunyai darah berwarna putih.
6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram.
8. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia.
9. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina.
10.Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya .
11. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
12. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.
13. Lipas ada gigi di dalam perutnya.
14. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa   jika dilumurkan pada tempat tu.
15. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.
16. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.
17. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.
18. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut.
19. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam.
20. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa .

Banyak rupanya yang kita tak tau pasal lipas.. lepas ni kalau jumpa lipas kat rumah jangan la bunuh ye.. tangkap untuk buat ujikaji betul ke fakta-fakta ni semua.

 Sumber: cisdel.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik