IKLAN

Isnin, 15 Ogos 2011

Birokrasi Fakir Miskin, Sokong Kaji Agihan Zakat.


SHAH ALAM 15 Ogos 11: “Mengapa banyak birokrasi untuk fakir miskin? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, ada pengalaman mereka sendiri."

Tanya bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, ramai berurusan dengan badan mengurus zakat namun terpaksa melui pelbagai prosedur bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM100 ke RM200.

“Pejabat zakat mewah, gaji pegawai tinggi dan peralatan urusan juga canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan untuk mencari penerima?,” katanya, yang jug mencadangkan supaya mekanisme pengagihan zakat di negara perlu dikaji untuk dinikmati golongan sasar dengan mudah tanpa melalui sebarang karenah birokrasi.

Beliau berkata timbul persoalan ke mana perginya wang zakat dan apakah dengan jumlah ratusan juta ringgit diumumkan saban tahun tidak mampu membantu fakir miskin.

“Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf,” katanya ketika mengulas pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau berkata, tidak haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim apatah lagi jika mereka dalam kesusahan.

“Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya pihak yang sepatut memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

Menurutnya, mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja itu, sesuatu tidak pelik, namun bagaimana negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim.

“Sebab utama perkara ini berlaku, adalah perbezaan pentadbiran setiap negeri dan tidak memperbaiki kelemahan untuk mengagihkan wang.

“Pejabat zakat misalnya, menunggu orang mencari mereka sedangkan pendakwah Kristian mencari orang susah selain memberi kasih sayang dan di sinilah kita tewas,” katanya.(SH)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik