IKLAN

Ahad, 28 Ogos 2011

Jarum Jarum Halus Khurafat Disebalik Mesej Kad e-ucapan Aidil Fitri..


Sekali pandang, memang tak kan perasan akan cobaan puak puak yang cuba menyuntik jarum jarum halus ketabrakan resam dan larangan agama Islam nan suci natijah kebiasaan umat ini sejak akhir akhir ini untuk melanggar norma norma Ad Deenullah kita.

Cuba kalian perhatikan cacah cacah tatu dilengan dan dikaki imej manusia 'rockers' ini sujud mengadap Ilahi siap bersongkok lagi!

Memang jika kita mahu, boleh saja kita bersangka baik dan menganggap paparan e-kad ucapan Aidilfitri ini sebagai menggambarkan seorang yang dahulunya sesat jauh dari garis panduan Agama Islam kita nan teramat suci kini sudah bertaubat dan mahu kembali membetulkan diri, menyerah diri terhadap Ilahi?

Namun disebalik persangkaan baik itu yang memang sangat sangat dituntut didalam agama kita, kita harus berwaspada akan kecenderungan segelintir dari masyarakat kita untuk meniru membuta tuli gaya hidup sesat dari Barat diatas nama 'vogue' dan 'trendy'.

Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda memperingatkan kita, umat Baginda Rahmatulil Alamin agar berwaspada akan kecenderungan umat Akhirul Zaman ini dari terpedaya dengan cara dan kelaku Kaffir.

Perbuatan ini digelar 'bertasyabbuh' yang membawa maksud 'menyerupai diri'. Bagi anda yang teliti tentang hal ehwal bersangkutan dengan suruhan dan larangan agama kita ini, sudah tentu faham akan bahaya menerima apa sahaja kelaziman kuffar yang sedikit sebanyak akan menghakiskan pegangan kukuh kita pada sunnah Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dan juga larangan berkaitan yang berpasak kepada adat dan resam masyarakat kita yang berasaskan panduan agama.

Maka, seharusnya usahlah kita membiarkan diri kita, anak isteri kita, saudara mara kita terikut ikut dengan mana mana kebiasaan orang orang kaffir.

Dewasa ini Tok Mamu melihat kecenderungan umat Islam kita terutama dari kalangan kaum Melayu dan India Muslim untuk pergi mengupah para pelukis inai mencorakkan tangan tangan serta kaki mereka dengan corak corak berunsur bentuk bentuk dan motif motif yang selalunya terdapat didalam kefahaman penganut penganut kefahaman Hindu.

Ini termasuk didalam bab yang boleh membawa kepada perbuatan yang dilarang Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam. Sudah ada kes kes dimana umat Islam dari kalangan bangsa Melayu dan India Muslim terikut ikut memakai pakaian orang orang kaffir sampaikan kepada tanda 'pottu' di tengah tengah dahi penganut Hindu turut dipakai dengan alasan ingin menghidupkan suasana 'muhibbah' dan kini berubah rupa menjadi '1Malaysia'.

Semua ini boleh menghampirkan seseorang itu kepada kecelaruan didalam beragama dan dikhuatiri boleh mengelirukan mereka yang lemah didalam pengetahuan asas didalam Ad Deenul Islam keliru akan yang mana boleh dan yang mana pula tidak menurut Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Didalam Surah Al Baqarah ayat ke 120, Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman:

2:120
Transliteration
Walan tarda AAanka alyahoodu walaannasara hatta tattabiAAamillatahum qul inna huda Allahi huwa alhudawala-ini ittabaAAta ahwaahum baAAda allathee jaakamina alAAilmi ma laka mina Allahi min waliyyin walanaseer
Malay
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu"..

Sebenarnya terlalu banyak larangan untuk kita menyerupai perbuatan atau kelaziman kuffar namun angkara kejahilan ummat Akhirul Zaman ini ditambah dengan kealpaan para pemerintah untuk mengekang atau membanteras pelanggaran pelanggaran hukum hakam agama Islam kita, maka kebanyakan umat Islam negara kita ini semberono sahaja mengikuti gaya dan cara kaffir samada secara sedar mahupun tidak.

Sikap menganggap bahawa perbuatan perbuatan ini bukanlah dosa dosa besar membawa kepada natijah 'alah bisa tegal biasa'. Jika sering meniru niru perbuatan orang orang kaffir lama kelamaan si Muslim yang jahil akan menganggap perkara tersebut 'takde hal punya!'.

Maka mulalah ia mengambil mudah sahaja terhadap segala larangan larangan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan berlakulah perbuatan melanggar norma norma kehidupan seseorang Muslim seperti mencacah tatu, bertindik hidung dan telinga serta lain lain perbuatan yang diharamkan didalam ajaran ajaran Islam kita.

Jangan sampai berakhir macam kat bawah ni pula!
E-kad diatas ini cuma merupakan satu simbol atau contoh akan perumpamaan maksiat menyusup masuk secara halus didalam peradaban semasa kita. Mencegah itu lebih baik dari membiarkan ia parah! Berwaspadalah tuan puan dari terikut ikut dengan arus 'hentam sajalah' bilamana ia melibatkan jatidiri kita sebagai umat Muhammad Sayyidul Mursalin!

Nabi pernah berpesan supaya kita berhati hati terhadap maksiat dan kekhurafatan seumpama semut hitam yang merayap di malam nan gelita.

Apakah masyarakat kita akan mahu mematuhi pesanan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik