IKLAN

Ahad, 14 Ogos 2011

Di Greenland Puasa Selama 21 Jam

Greenland adalah pulau terbesar di dunia; terletak antara Atlantik Utara dan Lautan Artik di sebuah kawasan di Denmark.Menurut sebuah laporan televisyen, Wassam Azaqeer, seorang lelaki berbangsa Arab yang menetap di Greenland sejak beberapa tahun lalu kini digelar “Arab Columbus” kerana dia adalah satu-satunya orang Islam Arab yang bukan sahaja berjaya menetap di Greenland – walaupun dengan segala cabaran yang terpaksa dihadapi, malah, dia juga merupakan seorang yang berjaya dalam perniagaan di ibu kota Greenland, Nuuk.

Wassam mempunyai restorannya sendiri yang didatangi oleh sekurang-kurangnya 200 orang pelanggan setiap hari. Bagi bulan Ramadan tahun ini, ianya jatuh pada musim panas di Greenland, jadi, Wassam perlu berpuasa selama 21 jam dan selepas berbuka, dia hanya mempunyai masa 2 jam untuk menyediakan sahur untuk berpuasa bagi keesokan harinya. Dalam masa dua jam ini, Wassam perlu menunaikan solat Maghrib dan Isyak. 


Wassam berkata bahawa dia bangga kerana dia adalah satu-satunya umat Islam yang berpuasa, menunaikan solat serta mengerjakan suruhan Allah di sana. Dia berkata bahawa kadangkala dia terfikir untuk ke Lebanon sempena bulan puasa ini, namun, dia terus melupakan hasratnya itu kerana berfikir bahawa jika dia meninggalkan Greenland, tiada siapa yang akan berpuasa dan beribadat di situ.

Kataku : Subhanallah . Kalaulah kita puasa di sana macamanalah agaknya ya. Semoga ramai lagi muslim ke sana. Sanggup ker..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik