IKLAN

Selasa, 16 Ogos 2011

Gambar Sebelum Dan Selepas England Riot - Rusuhan Di UK

Salam...
Semuanya dikatakan berpunca daripada kematian Mark Duggan, 29 tahun yang telah ditembak mati oleh polis semasa hendak menangkapnya di Tottenham pada 4 Ogos 2011. Sejak dari kejadian tersebut, rusuhan di England mula di bandar Tottenham yang kemudiannya merebak ke bandar-bandar lain seperti London, Manchester, Liverpool dan lain-lain.

Tetapi sebenarnya bukanlah berpunca dari kejadian tembakan tersebut semata-mata, kerana berdasarkan kajian yang dibuat terdapat punca-punca lain seperti kekurangan pekerjaan di England yang membuatkan kejadian rusuhan ni digunakan oleh golongan tiada pekerjaan untuk merompak kedai-kedai. Kesan kemusnahan korang boleh tengok kat gambar bawah ni, sayang tempat yang dulunya cantik bertukar rupa macam kawasan selepas perang./ BB







Sebut pasal kekacauan di UK tempoh hari,teringat aku  kekacauan yang dilakukan oleh golongan Punk pada awal 70an dulu.Aku ingat dah takda dah golongan aliran Punk disana.. maksud  aku kekacauan yang dilakukan  oleh mereka seperti yang terjadi  hampir 40tahun dulu  walaupun fesyen rambut Mohawk tidak di dandan diatas kepala mereka namun semangat ' itu ' masih lagi  menyala.Bayangkan yang buat  kerja tu orang islam tentu teruk media  mereka melibas kita.Apakah mereka ini golongan tak beragama.. disaat umat Islam sedang berpuasa mereka membuat tahana disana. Adakah cuma masalah ekonomi dan tiada perkerjaan sahajakah mereka membuat huru-hara atau ada 'kepala' yang membakar semangat AnArhChY mereka..?!  WallahuA'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik