 Pelakon “Aku Masih Dara” yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih  selesa dengan penampilan barunya itu. Tambah Farah, selepas menutup  aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap  dari segi percakapan dan  pergaulan dengan lelaki bukan muhrim.
Pelakon “Aku Masih Dara” yang kini sudah memakai tudung mengakui lebih  selesa dengan penampilan barunya itu. Tambah Farah, selepas menutup  aurat sepenuhnya dia lebih menjaga adap  dari segi percakapan dan  pergaulan dengan lelaki bukan muhrim."Saya bertudung sejak dua  bulan lalu dan mengakui ia datang daripada  hati saya sendiri. Selepas  melakukan penghijrahan tersebut saya rasa  kelainan yang sangat ketara.
 "Saya  lebih menjaga adap pergaulan terutama untuk bersalam dengan  lelaki  bukan muhrim, begitu juga dari segi tutur percakapan," ujarnya  yang  ditemui pada rakaman Melodi Raya, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Rabu lalu.
 Menceritakan  detik hatinya terbuka untuk memakai tudung, Farah  berkata ia bermula  selepas membeli beberapa helai tudung di sebuah butik  selepas menjalani  penggambaran drama Cinta Abang Lori.
 "Saya sebenarnya  sudah lama berhasrat untuk memakai tudung tapi tiada  tarikh yang tepat  untuk itu, jadi suatu hari selesai penggambaran saya  singgah di sebuah  butik dan membeli beberapa helai tudung. 
 "Ketika pulang suami  saya bertanya mengapa saya membeli tudung  tersebut, justeru saya terus  mengambil keputusan untuk memakainya,"  jelasnya.
 Tambah Farah, dia gembira penghijrahan tersebut mendapat sokongan sepenuhnya daripada keluarga kedua belah pihak.
 "Perkara  yang baik sudah tentu keluarga sokong, bila saya katakan  mahu  bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak  cadangan  ini," tuturnya.
 Ditanya tentang kerjayanya dalam bidang lakonan, Farah berkata dia bersyukur masih mendapat tawaran berlakon biarpun dia akui watak yang diterimanya agak terhad.
"Alhamdulillah, ramai dalam industri ini menerima keputusan saya untuk bertudung dan tawaran berlakon masih sama seperti dahulu cuma watak sahaja yang agak terhad berbanding dahulu.
"Ada juga produksi yang meminta saya untuk membuka tudung tetapi saya tetap dengan pendirian saya," ujarnya. 
P/s :Demikianlah, bertudung @ menutup aurat pun ada tuntutannya. Apa lagi tuntutan orang bersyahadah, yang termasuk bertudung lengkap itu.. juga aurat lengkap. Berbagai jenis alasan kita dengar para artis bercerita tentang pemakaian tudung ini ada yang negatif dan ada yang positif ,itu bergantung pada kemantapan pendirian mereka. Tepuk dada Tanyalah Iman masing-masing ya.
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan