GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.
Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.
Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.(harakahdaily)

Sebuah Karya di Blog beliau, menceritakan mula-mula Tukya dimasukkan ke Hospital...
Di wad CRW GH PENANG 2 April 2011.
Kepada penyingggah blog ini, saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengisinya.
Sejak 25hb Mac 2011 yang lalu saya ditentukan takdir memasuki Hospital Besar Pulau Pinang kerana disyaki mengidap ‘paru-paru berair’ setelah sekian lama merasa lega akibat kerosakan jantung.
Seminggu terlantar, pihak hospital tidak benar saya balik dan saya akan terus dilakukan pembedahan jantung dalam masa seminggu dua lagi. Pohon maaf di atas apa-apa kesilapan.
Yang benar,
Azizi Hj Abdullah
2 April 2011
P/s : Al-Fatihah buat Allahyarham semoga Ia ditempatkan bersama-sama orang yang soleh..amin.Kalau kawan-kawan nak baca karya terakhir Tukyaboleh ke Blog beliau .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan