IKLAN

Ahad, 28 Ogos 2011

Seni dan Sawah Padi Yang Menarik Di Jepun!



Sawah padi yang menarik di jepun! 


Assalamulaikum, Kali ini Saya nak kongsi gambar-gambar menarik dari jepun. Kali ini Sawah padi warna-warni di jepun. Untuk pengetahuan, jepun juga mengeluar padi dan nasi adalah sumber makanan utama di jepun. Ritual yang dipanggil "kigansai" adalah sebagai berdoa untuk tuaian yang memuaskan. Perayaan ini diadakan di Istana Maharaja. Jom kita tengok!








Seni dalam penanaman padi yang unik ini semakin nampak cantik bila hampir tibanya musim menuai.Ini semuanya bukan perbuatan Alien ya!Kalau dilihat daripada gambar-gambar awal tadi,petani-petani sendiri yang menanam padi mereka tanpa peralatan moden tetapi bergantung sepenuhnya dengan alatan tradisional.


Para petani ini tidak langsung menggunakan dakwat ataupun warna.Sebaliknya jenis padi yang mempunyai warna yang berbeza di susun dengan tepat dan begitu teliti di atas petak sawah.Seni dalam penanaman padi ini semakin menyerlah bila hampir tiba musim menuai.

Napoleon Bonaparte yang sedang menunggang kuda.

Pahlawan kuno Jepun, Sengoku yang menunggang kuda; terhasil daripada ratusan ribu pokok padi. Warna-warna yang terhasil merupakan jenis padi yang berlainan.Gambar ini diambil di Inakadate , Jepun.
Pahlawan dongeng Naoe Kanetsugu dengan isterinya, Osen.

Pandangan dari jarak dekat

Sebenarnya penanaman padi secara mural merupakan salah satu cara penduduk Jepun dalam menggalakkan penanaman semula. Dan ternyata usaha ini berjaya! Ramai dari penduduk kampung  bermain lumpur semasa penanaman padi.Usaha penanaman padi secara mural telah mula awal, bermula tahun 1993. Pada tahun 2008, penggunaan komputer mula digunakan. Korang dah habis baca dan tengok? Sila share artikel menarik ini dengan rakan-rakan./Aliffcullin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik