IKLAN

Ahad, 14 Ogos 2011

Melayu Dikebumi Cara Buddha

KANGAR - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam memutuskan mayat warga emas berketurunan Melayu dikenali Selimah Mat dikebumikan mengikut amalan Buddha selepas mendapati si mati tidak lagi mengamalkan ajaran Islam selepas berkahwin sejak 62 tahun lalu. Mengikut laporan, Selimah, 78, adalah berketurunan Melayu berdasarkan identiti pada kad pengenalannya yang beragama Islam. Identitinya itu dikesan apabila anak lelakinya, Aisok a/l Elan, membuat laporan polis mengenai kematian ibunya di Balai Polis Mata Ayer, dekat sini, 12 Jun lalu. Selimah dari Kampung Panggas, Chuping, dekat sini dikatakan dibawa lari ke Thailand dan berkahwin dengan seorang lelaki Thai berketurunan Buddha dikenali sebagai Elan ketika berusia 16 tahun serta menetap di negara jiran.


Bagaimanapun, si mati dikatakan pulang semula ke kampung halaman suaminya di Kampung Guar Musang, di sini dengan membawa pulang seorang anak perempuan berusia tiga tahun pada 1954 lalu. Pasangan itu mempunyai dua anak iaitu Aisok, 53 dan seorang perempuan berusia 58 tahun.

Hakim Mahkamah Syariah, Zaini Abdul Rahim, menyatakan mahkamah berpuas hati dengan keterangan daripada pihak Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) berhubung status si mati yang sudah tidak mengamalkan ajaran Islam dan membenarkan pengebumian mayat wanita itu dilakukan mengikut amalan Buddha.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik