IKLAN

Rabu, 31 Ogos 2011

Kisah Rasulullah S.A.W, Bersama Anak Yatim Di Pagi Idulfitri


Ayuh hayati kisah ini :


“Ayahku ialah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,”


Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari raya Idulfitri. Sebagaiamana yang diketahui, betapa Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu hari raya Idulfitri, ketika Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat Idulfitri. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu.


Tiba-tiba, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , mendekat gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut;



Nabi S.A.W : ”mengapa engkau menangis nak...”. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.

Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya :


Anak Yatim: “Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم , dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis..


Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namu kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim....”

Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , membelai rambut anak gadis itu sambil berkata :



Nabi S.A.W: “anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu ? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu ? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu ? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku ? ”


Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri dihadapannya. MASYAALLAH... orang yang turut bersedih bersamanya ialah Sayyidina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.


Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.


Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ,. Sepanjang perjalanan, gadis itu tersenyum riang dan terhapus kesedihan diwajahnya.


Setibanya di rumah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , gadis kecil itu disambut dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Sayyidah Fatimah membersihkan tubuh gadis kecil itu, menyisir rambutnya dan memakaikan baju baharu dan sepatu yang indah.


Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A menyediakan makanan khas bersempena Hari Raya Idulfitri. Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , juga memberikan wang saku kepada si anak. Setiap ahli keluarga Baginda صلى الله عليه وآله وسلم , menyantuninya dengan penuh kasih sayang. ALLAHU ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil itu memiliki ayah seperti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ,. Begitu pula Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم , Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Fatimah begitu gembira meraikan kegembiraan anak gadis kecil itu.


Begitulah keperibadian Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam sebagai panduan kita dalam kehidupan. Betapa hampirnya Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dengan anak-anak yatim-piatu. Kini, cuba Tuan-Puan letakkan perasaan anak-anak yatim tersebut sebagai diri Tuan-Puan. Atau anak-anak yatim piatu yang berdekatan dengan diri Tuan-Puan, raikanlah mereka semampunya. Tidak perlu sehingga berbelanja besar, membuat majlis-majlis besar, cukup mengikut kadar kemampuan yang ada.


ar-Rahiq al-Makhtum 


Sollu' alan Nabiyy....
.اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


Sumber : 
almukminun
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik