Setiap orang mempunyai hobi yang unik, tentunya masing-masing kita punya hobi yang mungkin sama. Berbeza dengan Ishak G. Salazar, dia adalah seorang akauntan yang mempunyai hobi unik yang tidak jauh dari hidup sehariannya.
Suatu hari dia mendapat idea melipat halaman buku untuk membuat mesej. Hanya dengan buku-buku lama Ishak memberikan sumbangan untuk kitar semula, sehingga secara tidak langsung ia turut mengurangkan bertambahnya sisa kertas. Ishak juga telah banyak membuat karya-karya dari buku - buku yang ia miliki, Jadiberita- menyajikan beberapa karyanya seperti dibawah ini:
Seni melipat buku ini pertama kali ia lakukan pada Oktober 2009 hingga sekarang. Saat itu Ishak membuat banyak karya seni. Aktiviti melipat buku ini memerlukan ketelitian dan kesabaran untuk mendapatkan karya yang sempurna.Ia kadang-kadang terluka pada saat mengerjakannya, beberapa buku juga sengaja di berikan cecair khusus agar warnanya tidak pudar.
Ishak berasal dari sebuah bandar bernama El Paso, Texas, Amerika Syarikat. Sekarang ia tinggal di Artesia, New Mexico. Salah satu cita-citanya adalah untuk membuat logo - logo syarikat terkenal dunia dengan seni melipat buku yang menjadi kemahirannya. Sumber inspirasi Ishak datang dari mana-mana. Salah satu contoh, Ishak mencipta simbol kitar semula pada sebuah buku berjudul "A World with out Trees". Walaupun kini karya-karyanya sudah dikenali,namun Ishak adalah seorang yang mempunyai peribadi yang sangat sederhana dan rendah hati bila ia bercerita tentang hasil seni lipatan bukunya.
"Saya adalah seorang yang belum pernah bersekolah seni tetapi saya membuat karya seni langsung di dalam buku seni. Saya bukanlah seniman! Dalam diri saya tidak pernah mengganggap sebagai orang kreatif - Ishak G. Salazar "./ wisben.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan