IKLAN

Jumaat, 16 Disember 2011

Foto Haji Satu Fitnah, kata Datuk Seri Haji Najib Razak




Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyelar golongan yang mempolitikkan ibadat haji yang dikerjakannya bulan lalu.

Berucap di satu majlis yang dihadiri ulama dan imam di Kuala Lumpur, Najib berkata tindakan berkenaan juga merupakan satu "fitnah menggunakan media" ke atasnya.

Najib mendakwa, sebilangan foto yang berlegar di Internet, didakwa menunjukkan beliau mengerjakan haji itu telah diubahsuai.

"Gambar buat tawaf telah dipadam jemaah haji lain. Itu dilakukan untuk timbulkan kemarahan rakyat kepada pemimpin.

"Di mana letak moral dan etika... Fitnah itu dosa yang amat besar," katanya yang turut memetik satu ayat daripada al-Quran.

Beberapa gambar yang menunjukkan Najib dan dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menerima layanan istimewa ketika mengerjakan haji itu tersebar di Internet sejak bulan lalu.

Dalam pada itu, Najib turut mengambil peluang untuk menyelar golongan ulama tertentu yang didakwa "taksub" dan "fanatik" dengan politik kepartian.

Najib dipercayai berkata demikian dengan merujuk kenyataan mufti perlis, Dr Juanda Jaya sebelum ini yang mempersoalkan bagaimana perdana menteri dapat menamatkan hajinya lebih awal daripada jemaah lain.

"Ulama tidak boleh bersikap fanatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain tanpa usul periksa.

"Bukan semua isu dalam negara ini, terutama isu agama, perlu dipolemik dan dipolitikkan. Hatta isu mengerjakan haji di tanah suci pun turut dipolitikkan demi keuntungan politik sesetengah pihak," katanya lagi./
Malaysiakini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik