ALOR SETAR - Seorang pekerja swasta terkejut setelah mendapati seekor ikan yang dipancing di Tasik Beris, Sik, minggu lalu, mempunyai gigi seakan-akan gigi manusia.
Abdul Ghafar Md Nasir, 44, berkata, kira-kira jam 3 petang, 11 Disember lalu, dia bersama abangnya, Mustafa, 48, adik, Mohd Asri, 35, dan anak saudaranya, Farizul Akmal Mustafa, 22, memancing di Tasik Beris.
Dia yang kini bekerja di Maran, Pahang, sering memancing bersama-sama saudaranya setiap kali pulang bercuti di kampung.
“Sasaran kami ialah untuk memancing ikan haruan dan berbekalkan umpan katak, kami berjaya menaikkan kira-kira 10 ikan haruan.
“Bagaimanapun, inilah kali pertama saya melihat ikan yang memiliki gigi seakan-akan gigi manusia,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Abdul Ghafar berkata, ikan ganjil itu dipancing anak saudaranya, Farizul malah ia yang paling awal menyambar umpan.
“Pada mulanya kami menyangka ia adalah ikan lampam namun kulitnya pada bahagian dada berwarna kemerah-merahan, malah sisiknya juga halus.
“Sebaik tiba di rumah, ikan itu disiang dan digoreng. Saya dan adik-beradik yang lain menjamah hidangan itu walaupun pada mulanya timbul rasa takut kalau-kalau ada kesan sampingan,” katanya.
Menurutnya, rasa isi ikan seberat hampir 600 gram itu sangat manis dan sedap, malah tiada alahan mahupun kesan sampingan yang dirasai mereka sekeluarga.
“Rasa isinya seakan-akan isi ikan kaloi tetapi lebih sedap,” katanya./Sinarharian.

Ikan Itu adalah Ikan Pacu – Kacukan Ikan Piranha?
Ikan Pacu? Ramai yang tertanya-tanya apa ikan pacu ni dan ana sendiri pun baru sahaja mengetahui tentang ikan pacu ni. Semalam, semasa ana mengunjungi rumah seorang saudara ana(rumahnya di tepi kolam) ana diberitahu di dalam kolam tersebut ada ikan yang bergigi geraham, macam yang korang boleh tengok dalam gambar kat atas. Pelik, dan ana sendiri tidak percaya tetapi setelah diberitahu yang ikan ini sebenarnya dinamakan “Ikan Pacu” atau Bawal Piranha.
Okay. Sekarang ana akan cerita sikit tentang ikan Pacu ni. Walaupun ana tak tahu sangat tentang ikan ini, tetapi setelah ana search kat Google, ikan Pacu yang nama saintifiknya Colossoma Macropomum ini memang mirip ikan Piranha. Walaupun begitu, ikan Pacu hanya mempunyai tabiat yang sama dengan Piranha. Ikan Pacu juga adalah spesis Omnivor manakala ikan Piranha pula ialah Herbivor. Menurut sumber yang dipercayai, ikan Pacu juga berasal dari Amazon, di mana habitat ikan Piranha. Tetapi bagaimanakah ikan ini boleh sampai ke Malaysia? Ikan yang juga dilabel sebagai “Piranha Vegetarian” ini juga susah untuk dipancing kerana giginya yang tajam dan sering memutuskan tali pancing.
Ha… Peta kat atas ni pula ana nak saje nak kongsi yang ikan pacu ni ada di kampung ana. Di dalam bulatan merah tu menunjukkan kolam di mana beberapa ikan Pacu hidup. Gambar di bawah ni adalah kolam sebenar yang dihuni oleh ikan Pacu ini. Kalau berani, datang lah memancing ikan Pacu ini

P/s: Yalah..gigi ikan Pacu ni nampak macam gigi manusia la.. kalau buat gigi palsu boleh kot :)
isk..isk...makin lama makin pelik laaa...aku kureng sikit ikan darat nih...tekak x nak telan la bro...klau ikan laut kompom laju...hehehe
BalasPadammemang pelik..itulah kekuasaan NYA. ikan air tawar aku lalu aje kalau kena dgn masaknya...lebih2 lagi masakkan omak ku..
BalasPadam