SEORANG pesakit radang paru-paru telah meninggal dunia akibat kehilangan darah selepas tikus menggigit zakarnya di hospital kerajaan di Kolkata seperti dilaporkan media tempatan.
Kejadian itu berlaku jumaat lalu di Hospital SSKM di mana Arun Sandhukh, 53,mendapatkan rawatan untuk radang paru-paru, lapor akhbar Asian Age.
Pihak keselamatan hospital mengakui bahawa ancaman tikus berleluasa di dalam wad tetapi tidak mahu mengulas lanjut.
"Ketika kejadian, tiada jururawat disitu dan dia mengerang kesakitan apabila zakarnya digigit oleh tikus," saudara mangsa yang hanya dikenali sebagai Bishwanath memberitahu media.
Menurut laporan berita, ahli keluarga yang datang melawat Arun kemudiannya menyedari dia sudah tidak bernyawa dalam keadaan berlumuran darah.
Kemalangan di hospital yang terletak dibarat bandar Bengal, Kolkata mempunyaikelengkapan perubatan yang kurang lengkap dan penuh sesak, mendapat perhatian media sejak beberapa minggu lalu.
Sabtu lalu, seorang tukang bersih hospital, di Calcutta Medical College, dilaporkan telah mencabut topeng oksigen bayi berusia tiga minggu yang membawa kepada kematiannya.
Dalam satu lagi tragedi di sebuah hospital swasta di Kolkata, lebih 90 orang, kebanyakannya pesakit mati lemas kerana menghidu asap, selepas terjadinya kebakaran yang melanda bangunan hospital itu pada awal pagi 9 Disember.
Sumber: New Straits Times
Tiada ulasan:
Catat Ulasan