Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
KUALA LUMPUR – Hangat diperkatakan di kalangan pemilik-pemilik blog hiburan terkenal tanahair mengenai gambar terbaru pelakon terkenal, Abby Abadi, yang manis mengenakan tudung ketika menghadiri majlis ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR – Hangat diperkatakan di kalangan pemilik-pemilik blog hiburan terkenal tanahair mengenai gambar terbaru pelakon terkenal, Abby Abadi, yang manis mengenakan tudung ketika menghadiri majlis ceramah pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, baru-baru ini.
Pemilik blog Beautifulnara .com, Abang Nara misalnya begitu teruja dengan penampilan Abby itu dan mengajak para peminat untuk berdoa semoga artis berstatus ibu tunggal anak tiga itu melakukan transformasi imej dengan mengenakan tudung sepenuhnya.
“Cantik manisnya apabila melihat Abby Abadi bertudung walaupun sekadar untuk menghadiri ceramah Ustaz Azhar Idrus.
“At least adalah usaha untuk berubah. Sama-sama kita doakan agar Abby Abadi mengikut jejak beberapa orang rakannya yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya,” kata Abang Nara di blognya.
Laman blog Oh! Artis turut mendoakan agar Abby mengekalkan imej tersebut sepenuhnya dan menyatakan bahawa sekiranya seseorang yang dijadikan Tuhan dengan rupa yang cantik, sudah tentu akan lebih cantik sekiranya bertudung.
“Kita doakan semoga imej Abby Abadi yang dapat kita lihat di dalam gambar ini berkekalan.
“Kalau dah tercipta sedia cantik tu, apa salahnya bertudung. Pastinya akan kelihatan lebih cantik. Cantik di mata manusia, lebih cantik di sisi Pencipta,” kata blog tersebut.
Menyejukkan hati lagi apabila bekas isteri pelakon terkenal, Norman Hakim itu menulis dengan corak yang agak Islamik di laman sosial Facebook miliknya.
“Biarlah perubahan pd diri Sy dr hati/ kerana ALLAH. Sy sgt pasti yg Sy takkan berubah kerana org lain/desakan dr mana2 pihak.
“’Agama’ mmg selalu ada dlm diri berkat didikan mak/ayah dr zaman kanak2 lagi. Mencari mereka yg lebih arif juga bukan sbb kecewa, tp ingin makin dekat dgn agama. Maaf kalau ada yg terasa..,” katanya di Facebook.
Bagaimanapun, Abby melahirkan rasa kecewanya ekoran segelintir peminat yang mendesak dan memaksanya untuk bertudung sepenuhnya sedangkan artis itu berpendapat bahawa imej bertudung tidak menjamin perlakuan yang baik berdasarkan pengalaman pahitnya berhubung wanita yang bertudung.
“Menghadiri ceramah agama utk mencari ilmu & sgt2 ingin mdekatkan diri pd agama, tp apakah hadirnya Sy di majlis spt itu mbuatkan Sy hilang hak sebagai manusia di dunia ini sehingga sgala semua perlu di desak?
“Sy sgt kecewa bila Sy tahu seorang wanita bertudung mganggu hak Sy dr 2009 shingga 2011. Wanita btudung juga membuat fiitnah utk mengaibkan Sy. Wanita bertudung juga mganggu rumah tgga saudara terdekat Sy.
“jd apakah Sy perlu tunduk pd desakan org2 tertentu smata2 utk di nilai baik pd ‘luaran’ walhal … Apa yg mereka lakukan tak selayaknya jika dbandingkan dgn penampilan yg di tonjolkan. Jd biarlah Sy jalani kehidupan Sy sbaik mungkin tanpa di pengaruhi oleh sesiapa,” katanya panjang lebar dalam ‘status update’ terbarunya.
Berikut adalah beberapa keping gambar Abby Abadi mengenakan busana muslim di sekitar majlis ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dimaksudkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan