IKLAN

Selasa, 27 Disember 2011

Masjid Berkubah Emas Dengan Salutan Emas 24 Karat!



Sebuah masjid di Jawa Barat, Indonesia kini bertukar menjadi antara tarikan baru pelancong di wilayah itu kerana memiliki kubah diperbuat daripada lapisan emas 24 karat.

Masjid Dian Al-Mahri atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Emas terletak di Kelurahan Meruyung, Kecamatan Limo, Depok, 463 kilometer dari ibu negeri Jawa Barat, Bandung.
Pegawai perhubungan awam masjid itu, Yudiarto berkata, sejak dibuka pada 2006, masjid dibina di atas tanah seluas 100 hektar itu telah dikunjungi 70,000 orang sehari.
“Pelawat malah ada datang dari wilayah jiran termasuk Jawa Tengah, Jawa Timur sehingga luar Pulau Jawa menyebabkan banyak aktiviti perniagaan berkembang di sekitar masjid ini,” katanya.
Masjid itu dimiliki oleh keluarga seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Dian Djuriah Maimun Al Rasjid yang merupakan antara kumpulan peneroka asal wilayah Banten./duniajunko

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik