IKLAN

Rabu, 21 Disember 2011

Penjual Ayam Didenda RM1,600 Miliki Daun Ketum




SIK,KEDAH - Mahkamah Majistret Sik, semalam, mengarahkan seorang penjual ayam membayar denda RM1,600 atas kesalahan memiliki sejumlah 2.01 kilogram (kg) daun ketum.

Muhamad Syafik Sobri, 20, dituduh memiliki daun tumbuhan yang mengandungi Mitragynine, iaitu bahan bahan yang disenaraikan dalam jadual pertama dan ketiga (bahan-bahan Psikotropik) Akta Racun 1952.

Muhamad Syafik didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(35) akta sama, kira-kira jam 2.50 petang, 27 Ogos lalu, di jalan Padang Awam, kawasan Kampung Mandul, Sik.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih empat tahun, atau kedua-duanya sekali.

Majistret Raja Shahril Anuar Raja Baniamin mengarahkan Muhamad Syafik membayar denda RM1,600 atau penjara lima bulan jika gagal membayar jumlah denda ditetapkan.

Terdahulu, Muhamad Syafik dalam rayuannya memohon agar dikenakan hukuman paling minimum atas alasan hanya bekerja sebagai penjual ayam dengan pendapatan RM30 sehari selain tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan sebelum ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syaiful Akmal Mohd Razi./ Sinar Harian


Ada Apa Dengan Daun Ketum

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.
Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah
  • lemah untuk bekerja

Masa depan pokok Ketum
Dengan pengistiharkan daun Ketum sebagai bahan larangan mulai Januari 2003, ini bererti pokok Ketum mungkin akan pupus akibat aktiviti penghapusan oleh pihak berkuasa.
Nasib pokok ketum ternyata berbeza dengan pokok kola yang berasal dari Amerika Syarikat. Air rebusan daun kola telah dijadikan bahan asal Coca-cola. Bagaimanapun setelah didapati daun kola mempunyai bahan ketagihan yang sama, syarikat Coca-cola telah menukar bahan asal dalam daun kola kepada bahan sintatik yang tidak menagihkan. Apakah mungkin anda pengusaha daun Ketum yang mampu menjalankan penyelidikan bagi menyingkirkan bahan mitragynine dari ramuannya untuk dipasarkan? Mungkin akan terhasil Ketum Kola? Hanya masa akan menentukannya.
Bagaimanapun penyelidikan oleh luar negara untuk memajukan pokok Ketum menunjukkan hasil yang menggalakkan. Kajian oleh Ridley 1897 di Malaya dan terbaru di New Zealand mendapati kandungan mitraginin dalam daun ketum dos rendah boleh digunakan sebagai ejen dalam rawatan detoksifikasi dadah (pemulihan penagih dadah). Dengan itu daun Ketum dipercayai boleh membantu dalam rawatan detoksifikasi atau terapi gantian dan khasiat dalam perubatan tradisional tetapi kajian lebih saintifik perlu dilakukan bagi memastikan aspek keselamatan serta keberkesanan daun ketum digunakan dalam rawatan itu.
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya suatu hari Malaysia akan mula mengimport daun Ketum dari New Zealand dan Australia sebagai bahan ubatan bagi merawat penagih dadah di Malaysia, sungguhpun ia berasal di sini.


Tindakan penguatkuasaan.
  • Pada 3 Mei 2005, lima pengedar air ketum ditahan di Felda di negeri Terengganu dan 144 liter air dan 44 kg daun ketum dirampas. Mereka boleh dijatuhkan hukuman denda RM10,000 atau empat tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada Julai 2008, tangkapan terhadap sindiket penjualan air ketum masih dijalankan.


Sumber : wikipedia.org



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik