Ceritanya, buah kelapa terutama kelapa muda ini adalah ubat dari segala ubat untuk penawar racun, baik untuk keracunan makanan, minuman dan keracunan ubat termasuk ubat serangga. Tapi,benarkah demikian? Mari kita "kupas" si muda ini.
Kelapa merupakan tanaman yang biasa tumbuh di pantai. Batangnya berbentuk ramping dengan ketinggian boleh mencapai 14 meter. Kelapa adalah tanaman yang tidak bercabang, daunnya berpelepah, buahnya bulat dengan diameter sekitar 25cm. Buahnya mempunyai sabut tebal dan tempurung yang sangat keras berisi air dan isi kelapa.
Kononnya, dalam mitologi Hindu, kelapa merupakan "pokok surgawi".Diriwayatkan, Dewa Wisnu membawa pohon kelapa sebagai sumber kesihatan, panjang usia, ketenangan dan kedamaian. Sebab itu, pohon kelapa dianggap suci dan mempunyai peranan penting dalam upacara keagamaan masyarakat Hindu.
Pengamal herbalis mengatakan bahawa air kelapa muda memang boleh meneutralkan segala macam racun yang ada di tubuh. Tentu saja antara air yang diminum dengan racun yang ada harus dosnya harus sesuai. Biasanya, racun-racun yang dimaksudkan adalah racun-racun yang dibawa oleh minuman beralkohol dan merokok yang masuk ke da tubuh.
Apa yang ada di dalam air kelapa?
Air kelapa ternyata mengandungi unsur makro berupa nitrogen dan karbon.Unsur nitrogennya tersusun dari asid amino (alanin, sistin, arginin, alin dan serin). sementara unsur karbonnya berupa glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol dan beberapa unsur kecil lain. Selain unsur makro, air kelapa juga mengandungi unsur mikro berupa mineral yang boleh menukar ion tubuh. Itulah sebabnya jika kita meminum air kelapa muda biasanya badan akan terasa lebih segar, selain pelepas dahaga tentunya.
Selain itu, air kelapa juga mengandungi vitamin C. Beberapa yang dominan adalah asid nikotinat, asid folik, asid pantotenat, biotin dan juga riboflavin.Kerana alasan itulah, beberapa herbalis mengatakan air kelapa boleh digunakan untuk ubat penurun panas dalam, demam berdarah dan disentri.
Itu saja? Masih ada lagi. Air kelapa juga mengandungi potasium (kalium), gula (1.7% - 2.6%) dan protein (0,07% -0,55%). Ditambah pula, sebuah sumber mengatakan air kelapa boleh untuk menghaluskan kulit muka, anti aging dan juga anti uban pada rambut jika digunakan untuk mencuci.
Bagimana dengan isinya?
Isi kelapa merupakan sumber dari zat besi, serat dan asid lemak. Namun hati-hatilah, asid lemak dari isi kelapa 90% merupakan asid lemak tepu yang boleh meningkatkan kadar kolesterol jika diambil berlebihan.
Isi kelapa juga mengandungi karbohidrat, protein, stigmasterin, fitosterin, kolin, asid undekanoat, asam tridekanoat dan vitamin A, B, C dan E. Isi kelapa juga boleh digunakan untuk mengatasi sembelit, cacingan dan luka.
Berhati-hatilah dalam memilih kelapa muda. Jika tidak berpengalaman, sangat sukar membezakan mana kelapa muda asli alias "kelapa hijau" . Perlu diingat pula bahawa meminum air kelapa terlalu banyak boleh menyebabkan anda akan susah buang air kecil dan santannya mengandungi lemak tepu yang cukup tinggi dan di dalam tubuh akan diproses menjadi kolesterol./Jadiberita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan