IKLAN

Rabu, 7 Disember 2011

Larangan Meniup Makanan dan Minuman Yang masih Panas, Huraian Hadis dan Kajian Saintifik


Biasanya ketika kita makan makanan atau minuman yang panas maka kita akan meniupnya agar makanan atau minuman yang masuk ke mulut kita menjadi sejuk. Hal ini boleh berisiko terhadap kesihatan kita kerana makanan atau minuman yang masih panas tersebut akan mengeluarkan wap air yang mana kita tahu wap air adalah 2 O (aq).

Sebenarnya Rasullullah pernah bersabda lebih 1,400 tahun yang lalu tentang larangan meniup makanan dan minuman ni, Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

"Rasulullah S.a.w melarang orang meniup-niup makanan atau minuman". 
(Hadis Riwayat. Abu Dawud)

"Dinginkanlah makanan, sesungguhnya yang panas-panas tidak ada berkatnya".  (Hadis Riwayat. Al Hakim dan Ad-Dailami)

Keterangan:
Meniup-niup makanan dan minuman yang panas biasa dilakukan dengan tujuan agar makanan dan makanan itu cepat sejuk, dan hal ini dilarang oleh Nabi. Hendaknya makanan atau minuman tersebut didiamkan saja atau didinginkan dengan metode lainnya selain dengan meniup langsung dengan mulut, misalnya dengan menggunakan kipas angin.

Dan dibawah ini adalah kajian saintifik tentang larangan meniup makanan dan minuman.Sesiapa yang sudah tahu anggaplah ia sebagai ulangkaji..

Jika kita meniup makanan dan minuman, maka kita akan mengeluarkan gas CO 2 dari dalam mulut kita. mengikut reaksi kimia, apabila wap air bertindak balas dengan karbon dioksida akan membentuk sebatian asid karbonat (carbonic acid) yang bersifat asid. 2 O CO => H 2 CO 3 Perlu kita tahu bahawa di dalam darah kita semua terdapat 2 CO 3 yang berguna untuk menetapkan pH (tahap keasidan) di dalam darah.


Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mempertahankan pH) dengan asid lemahnya berupa 2 CO 3 dan dengan asas konjugasinya berupa HCO - sehingga darah mempunyai pH sebanyak 7,35 - 7,45 dengan reaksi berikutnya: CO 2 + H 2 0 < = H 2 CO 3 => HCO - + H + Tubuh menggunakan penampan pH (buffer) dalam darah, sebagai pelindung terhadap perubahan yang berlaku secara tiba-tiba dalam pH darah. Adanya kelainan pada mekanisme kawalan pH tersebut, boleh menyebabkan salah satu daripada 2 kelainan utama dalam keseimbangan kira-kira prinsip asid darah darah kita , iaitu asidosis atau alkalosis .

Asidosis adalah suatu keadaan di mana darah terlalu banyak mengandungi asid (atau terlalu sedikit mengandung asid asas) dan sering menyebabkan menurunnya pH darah. sedangkan alkalosis adalah suatu keadaan di mana darah terlalu banyak mengandungi asid asas (atau terlalu sedikit mengandungi asid) dan kadang menyebabkan peningkatan pH darah. 

Kembali semula pada permasalahan awal, di mana makanan  yang kita tiup, karbon dioksida dari mulut kita akan terikat dengan wap air dari makanan dan menghasilkan asid karbonat yang akan mempengaruhi tingkat keasidan dalam darah kita sehingga menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih asid dari seharusnya sehingga pH dalam darah menurun, keadaan ini lebih dikenali dengan istilah asidosis. 

Seiring dengan penurunan pH darah, pernafasan akan menjadi lebih dalam dan lebih cepat sebagai usaha badan untuk menurunkan kelebihan asid dalam darah dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida. Pada akhirnya, buah pinggang juga berusaha mengstabilkan keadaan tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid dalam air kencing. 

Tetapi kedua-dua mekanisme ini tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid, sehingga terjadi asidosis yang teruk. Seiring dengan kemerosotan asidosis, pesakit mula merasakan keletihan yang luar biasa, rasa mengantuk, semakin mual dan mengalami kebingungan. Bila masalah pada asidosis semakin memburuk, tekanan darah boleh menurun, menyebabkan kejutan pada tubuh, koma dan bahkan kematian. 

Kredit : haxims




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik