IKLAN

Jumaat, 16 Disember 2011

Alkohol Beracun Di India Bunuh 80 Orang

 .Keluarga mangsa yang meninggal akibat minuman alkohol beracun
Bengal Barat – Sekurang-kurangnya 80 orang maut manakala 100 yang lain terpaksa dirawat di hospital selepas mereka minum minuman keras beracun di 24 daerah termasuk Magrahat, Usthi dan Mandirbazar.
Pihak berkuasa memaklumkan, 70 orang kini berada dalam keadaan kritikal sementara hospital di daerah tersebut penuh sesak dengan pesakit.
Keadaan ini memaksa sebahagian pesakit dipindahkan ke hospital di Calcutta.
Mangsa mula jatuh sakit selepas minum minuman keras yang beracun itu sejak Selasa lalu.
Berikutan itu, polis menahan 4 orang.
Kematian akibat minum alkohol beracun bukan perkara baru di India.
Malah, minggu lalu, sebuah negeri di India, Gujarat telah memperkenalkan undang-undang baru yang mengenakan hukuman mati kepada pengeluar dan penjual alkohol secara haram.
Hanya Gujarat, Mizoram dan Nagaland di India yang menguatkuasa undang-undang keras tersebut.
Alkohol haram popular di India terutama di kalangan penduduk miskin di negara tersebut kerana ia dijual dengan harga 60 sen sahaja.
Minuman keras yang dihasilkan dengan campuran alkohol untuk kegunaan industri itu boleh menyebabkan peminumnya mengalami muntah-muntah dan boleh membawa maut.


P/s: Islam sejak awal sudah mengatakan Arak itu haram.Banyak bawa mudarat dari manfaat..sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari merawat...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik