Ayat Al-Quran dipilih utk menghalau gangguan syaitan, dengar bacaan ruqyah pada video di bawah, InsyaAllah dapat menghalau jin yang berada dipersekitaran atau menetap dalam tubuh.
Penjelasannya adalah mudah, jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syariah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka, lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
Bagi pesakit-pesakit sihir pula, jin dalam badan akan membuatkan kita mengantuk apabila mendengar ruqyah syariah ini. Dan bagi kes saka, kita akan terasa panas ditengkuk.
kemungkinan akan terjadi selepas mendengar bacaan ayat-ayat Ruqyah ini adalah:
1) denyutan jantung makin kencang
2) badan bergegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk
8) jika ada kesan labih teruk dari atas ini, sila ambil perhatian, cari perawat perubatan Islam yg terdekat, InsyaAllah mereka boleh membantu
Kesan diatas adalah dengan keizinan Allah s.w.t. kita hanya berikhtiar, Allah sahajalah yang menyembuhkan . Jika anda mendengar terdapat tanda-tanda seperti di atas, anda disyorkan berjumpa perawat islam yang berhampiran. DENGAR SAMPAI HABIS TAU.
"tiada yang lebih baik dari AMALAN SENDIRI, baca sendiri ayat ini lebih afdal"
Berikhtiarlah! Jangan Berputus Asa!
Ruqyah - part 1
Ruqyah - part 2
Ruqyah - part 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan