Assalam.Dalam artikel yang lepas yang bertajuk : Benarkah Batu Terapung Di masjidil Aqsa Itu Wujud ?
Ada seorang Tanpa nama menulis sesuatu yang membuat saya tersedar akan gambar yang salah diletakkan di dalam aktikel itu...
Tanpa Nama berkata...Foto masjid berkubah warna emas itu bukan Masjid Al-Aqsa. Itu adalah Dome of the Rock. Harap betulkan. Yahudi telah memesongkan umat Islam dari mengenali Masjid Al-Aqsa yang sebenar.
adanaberkat berkata...Kepada tanpa nama-berilah jawapannya kalau salah.. dimana masjidil aqsa sebenarnya, tuan boleh beri maklumat selanjutnya kepada saya terima kasih...
Setelah membuat penelitian inilah yang saya dapat dan gambar yang salah itu sudah saya betulkan..Terima kasih kepada Tuan yang Tanpa nama itu..jika tiada orang yang tegur ...sampai bila-bila pun kita rasa betul dengan tipu daya oleh puak yahudi Zionis itu.
Cerita Masjidil Aqsa Dan Masjid Qubbatus Shakhrah (As-Shakhra)
Wassalam.Rujukkan
http://umustlucky.blogspot.com
http://renta.wordpress.com
http://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Al-Aqsa
Ada seorang Tanpa nama menulis sesuatu yang membuat saya tersedar akan gambar yang salah diletakkan di dalam aktikel itu...
Tanpa Nama berkata...Foto masjid berkubah warna emas itu bukan Masjid Al-Aqsa. Itu adalah Dome of the Rock. Harap betulkan. Yahudi telah memesongkan umat Islam dari mengenali Masjid Al-Aqsa yang sebenar.
adanaberkat berkata...Kepada tanpa nama-berilah jawapannya kalau salah.. dimana masjidil aqsa sebenarnya, tuan boleh beri maklumat selanjutnya kepada saya terima kasih...
Setelah membuat penelitian inilah yang saya dapat dan gambar yang salah itu sudah saya betulkan..Terima kasih kepada Tuan yang Tanpa nama itu..jika tiada orang yang tegur ...sampai bila-bila pun kita rasa betul dengan tipu daya oleh puak yahudi Zionis itu.
Cerita Masjidil Aqsa Dan Masjid Qubbatus Shakhrah (As-Shakhra)
Tahukah anda bahawa bentuk dan tempat sebenarnya Masjidil Aqsa? Ada pun bentuk dan tempat yang banyak beredar luas di berbagai media, bahkan mungkin telah lama terjantung di dinding-dinding rumah umat Islam di seluruh dunia sebenarnya bukanlah bentuk dan wujudan yang sebenarnya Masjidil Aqsa, tetapi ia adalah Masjid Qubbatus Shakhrah (As-Shakhra).
Masjid Qubbatus Shakhrah
Masjid Qubbatus Shakhrah
Entah sejak bila berkembangnya anggapan bahawa Masjidil Aqsa yang begitu bersejarah dan suci oleh Umat Islam di seluruh dunia ini adalah sebuah mesjid indah dengan kubah berwarna keemasan berbentuk segi enam ini. Hal ini berkembang dengan sangat cepat melalui gambar-gambar yang indah melalui, kad pos, kalendar, mahupun buku-buku panduan pelancong. Masjid yang dimaksud adalah Masjid Qubbatus Shakhrah (As-Shakhra) atau Dome Of The Rock, berikut adalah gambar dari masjid tersebut :
Masjid sebagaimana terlihat pada gambar adalah sebuah masjid dengan kubah berwarna
keemasan dengan bentuk segi enam. Masjid ini dibangun pada zaman Bani Ummayah berkuasa, iaitu oleh Khalifah Abdul Malik Bin Marwan (646-705) yang merupakan Khalifah ke 5 Bani Ummayah.Tujuan pembangunan masjid ini adalah untuk memelihara atau menjaga batu (Shakhrah) yang merupakan tempat dimana Rasullullah S.A.W. berangkat melakukan Mi’raj ke Sidratul Muntaha dengan ditemani oleh Malaikat Jibril AS. Batu (Shakhrah) itu sendiri berada dalam lingkaran (haram) Al-Aqsa, dan bukanlah Masjidil Aqsa dengan kata lain bahawa masjid inilah yang sering didakwa sebagai Masjidil Aqsa. Pada akhirnya umat Islam sering dikelirukan dengan kedua-dua masjid tersebut, sehingga mereka mendapat rujukan yang salah tentang bentuk dan tempat Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Banyak orang yang menyangka bahawa Masjidil Aqsa adalah sebuah masjid yang memiliki kubah berwarna keemasan di atasnya, yang berdiri tepat di samping tembok ratapan Umat Yahudi. Dan sesungguhnya yang disebut Tembok Ratapan oleh Umat Yahudi tersebut adalah tembok tempat dimana Rasullullah SAW. mengikat Buraq, kendaraan Beliau dalam peristiwa Isra’ Mi’raj. Tapi sekarang dikuasai oleh Israel yang kemudian dijadikan Tembok Ratapan. Berikut ini adalah gambar yang menjelaskan letaknya kedua-dua buah masjid tersebut :Masjid sebagaimana terlihat pada gambar adalah sebuah masjid dengan kubah berwarna
Pada gambar diatas dapat dilihat secara jelas letak dimana Masjidil Aqsa berada dan dimana Masjid Qubbatus Shakhrah. Pada gambar itu juga dapat dilihat Tembok yang berdiri kukuh memagari komplek Masjidil Aqsa biasa disebut Batas Lingkar Komplek Masjidil Aqsa (Harom Masjidil Aqsa). Yang disebut dengan komplek Masjidil Aqsa adalah daerah yang berada di dalam pagar tersebut. Pagar itu dahulu diperbuat dari tanah, kemudian pada zaman khilafah Uthmaniyah dibangunkan tembok dari batu dengan maksud agar daerah komplek Masjidil Aqsa tidak dijajah oleh kaum Yahudi.
Pada gambar di sebelah kanan kita dapat melihat posisi letaknya Masjid dan Bangunan lainnya yang ada dalam Lingkar Komplek Masjidil Aqsa (Harom Masjidil Aqsa) :
- Masjid Qubbatus Shakhrah (As-Shakhra)
- Masjidil Aqsa
- Al Madrasa An-Nahawiah
- Al Musalla Al-Marwani
Masjidil Aqsa adalah sebuah masjid kedua yang memiliki kubah berwarna hijau, masjid lainnya adalah Masjid Nabawi yang terletak di Madinah al Munawarah. Masjidil Aqsa awalnya dibangun oleh Nabi Adam AS lalu bangunannya roboh seiring dengan waktu berlalu. Kemudian dibangun kembali oleh Nabi Daud AS. Dan disempurnakan oleh Nabi Sulaiman AS.
Kaum Yahudi mahu Masjidil Aqsa dirobohkan, kerana menurut mereka
Masjidil Aqsa didirikan diatas apa yang disebut Haikal Sulaiman. Berbagai cara ditempuh oleh Kaum Yahudi dewasa ini untuk merobohkannya bermula sejak Palestin jatuh ke tangan mereka. Kemudian mereka mendirikan negara Zionis Israel diatas tanah warga Palestin. Pada tahun 1967 mereka perlakukan Masjidil Aqsa dengan sewenang-wenangnya, seperti dengan membebaskan siapa saja untuk masuk ke dalam masjid itu.
Hingga menjadi lumrah pemandangan orang yahudi yang berpacaran disitu atau pelancong yang menggunakan pakaian seadanya menggelilingi di lingkungan masjid. Pada Tahun1969, sebuah mimbar megah yang dibuat oleh Shalahuddin Al Ayubi (dimasa Beliau dapat merebut kembali Masjidil Aqsa dari tangan penjajah,di gunakan untuk memperingati Isra Mi’raj di lingkungan masjid) telah dibakar oleh kaum Yahudi. Peristiwa pembakaran mimbar tersebut memicu untuk bersatunya kaum Muslimin di seluruh dunia untuk memerangi Kaum Yahudi.
Inilah bentuk yang masih wujud dari Masjidil Aqsa yang sebenarnya, jika dilihat dari dekat :
Dan ini bentuk dan tempat Masjidil Aqsa jika dilihat dari depan :
Cara yang terbaik untuk menyedarkan umat Islam adalah dengan menyebarkan pengetahuan yang keliru bahawa yang dimaksudkan Masjidil Aqsa adalah Masjid Qubbatus Shakhrah (masjid berkubah warna keemasan). Meskipun Masjid Qubbatus Shakhrah berada dalam komplek Masjidil Aqsa tapi bukan merupakan masjid sebenarnya. Sementara itu kaum Yahudi secara diam-diam menggali bawah Masjidil Aqsa yang sebenarnya.
Sebelum kekeliruan pengetahuan ini menyebar luas di kalangan Umat Islam dan akhirnya tiada yang menyedari bahawa Masjidil Aqsa yang sebenarnya telah dihancurkan. Maka melalui kesempatan yang baik ini Umat Islam dapat memberikan pengetahuan yang benar kepada generasi seterusnya. Sehingga generasi Umat Islam selanjutnya dapat mengetahui Mana Bentuk / Wujudan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Disamping itu juga kita harus selalu waspada akan segala bentuk tipu daya orang-orang kafir.
Semoga Allah SWT. senantiasa melindungi Umat Muslim dimanapun berada.
Semoga Allah SWT. senantiasa melindungi Umat Muslim dimanapun berada.
As-salam. Jika ada sesiapa yang tidak berpuashati dan rasa tidak betul dengan semua artikel yang saya diterbitkan sila beri teguran yang bernas dan berikah link@pautan yang benar untuk saya mendapat jawapan yang betul dan benar juga ..Blog Ini hanya satu pengkongsian ia bukan mutlak betul, ada yang longgar dan kurang ilmu pastinya..Yang Benar dan Wajib kita percaya hanyalah Al Qur'an Nulqarim. WallahuA'lam
http://umustlucky.blogspot.com
http://renta.wordpress.com
http://id.wikipedia.org/wiki/Masjid_Al-Aqsa
Cara yang terbaik untuk menyedarkan umat Islam adalah dengan menyebarkan pengetahuan yang keliru bahawa yang dimaksudkan Masjidil Aqsa adalah Masjid Qubbatus Shakhrah (masjid berkubah warna keemasan).
BalasPadamadmin- saya musykil dgn ayat ini- sepatutnya ayat ini adalah (Masjidil Aqsa adalah BUKAN Qubbatus Shakhrah)
Tarmizee