IKLAN

Jumaat, 2 Disember 2011

Petua Keluarkan Air dari Lubang Telinga


renang ts dlm Bahaya Air Masuk Telinga Ketika Berenang

Masuknya air ke dalam telinga sering terjadi pada orang sedang berenang di laut, sungai malah ketika mandi dirumah, terutama bila kita menggunakan gayung. Kebanyakan orang akan menganggapnya normal sahaja,tentu sahaja boleh terjadi ketika itu telinga kita mendengar  kurang jelas dan rasanya tidak selesa sungguh ya tak...

Air yang masuk ke telinga dan tidak dibersihkan dengan segera boleh menyebabkan masalah. Jika saluran telinga basah, maka perlindungan pada saluran telinga akan hilang dan berisiko mengalami infeksi jangkitan telinga bernanah dan sebagainya.


Sebaiknya ketika air ada didalam rongga telinga kita, jangan panik dan agar anda bertenang. Berhati-hati jangan dikorek-korek dengan cotton pengorek telinga atau benda-benda yang lainnya.


Berbagai Petua/cadangan/cara...anda boleh mencubanya.Ini sebagai ikhtiar kita sahaja, kalau tak menjadi jangan marahkan aku pulak... aku cuma ingin berkongsi..Cubalah InsyaAllah berjaya.


1. Gerakkan kepala
Gerakkan kepala dari satu sisi ke sisi yang lain dalam gerakan goyang ke arah bahu,dan kembalikan telinga ke posisi normal dan gerakkan kembali pada arah yang berlawanan. Masukkan jari ke telinga untuk membuat tekanan yang cukup untuk mengeluarkan air. atau...

Jika telinga yang masuk air adalah telinga sebelah kiri maka tutup yang sebelah kanan dengan jari tangan kanan dan menyerongkan kepala ke kanan. Tangan kiri masukkan air ke telinga kiri dan ketika sudah terasa masuk ke bahagian dalam akan menyerongkan kepala ke kiri agar semua air yang ada di lubang telinga kita boleh keluar semua. 

2. Berbaring
Jika masih belum keluar juga, cuba anda berbaring / tidur dengan posisi mengiring dengan telinga yang masuk air itu berada di bawah / menempel di bantal. Biasanya air akan keluar dengan sendirinya.InsyaAllah.

3. Keringkan dengan pengering rambut
Miringkan kepala dan mengeringkannya dengan tuala kering juga boleh membantu air keluar. Hembusan pengering rambut yang ditetapkan dengan kepanasan yang rendah ke dalam telinga juga boleh membantu mengeringkan telinga. Uji pengering rambut pada kulit terlebih dahulu untuk memastikan kepanasannya tidak berlebihan.

4. Campuran larutan alkohol dan cuka
Menurut American Academy of Family Physicians, campuran larutan alkohol dan cuka putih juga boleh membantu mengeringkan air yang masih tersisa di saluran telinga anda.

Masukkan 3-5 titis campuran larutan ini ke dalam telinga dengan kepala dimiringkan dan biarkan selama beberapa saat. Anda akan mendengarkan bunyi berongga di telinga yang bermaksud telinga anda mulai kering.

Ulangi cara diatas jika masih belum berhasil dan jika tidak juga selesai masalah ini adalah lebih baik  berjumpa dengan doktor kesayangan anda.



11 ulasan:

  1. no 1 tu menjadi...tqvm info... tp kene cuba ulang2 kali sampai keluar...lega rasanya

    BalasPadam
  2. btol..no 1 mmg menjadi..tapi x tau lah krg try x bolehh ^-^

    BalasPadam
  3. Ya, no.1 pun mjadi pd saya hari ini..
    T.ksh atas petua/info berguna

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..mnjadi..dh try no 1..tq 4 sharing info..lega rase..😊

    BalasPadam
  5. Tumpang masok.sy masok air dalm telinge da 3 ari.sy korek ngan jari.main cungkil2.last2 dy nk kua.tapi sakit sangat sye rase.tapi x kluar lagi

    BalasPadam
  6. No1 menjadi pada saya rasa takut pada mulanya alhamdulillah berjaya akhirnya

    BalasPadam
  7. No1 menjadi pada saya rasa takut pada mulanya alhamdulillah berjaya akhirnya

    BalasPadam
  8. No 1 working for me .. thanks for the info 😉

    BalasPadam
  9. As Salam Telinga Kiri Saya Sudah Berbulan2 Keluar Cecair .Masih Keluar Cecair . KLinik Telinga Di- ENT Hospital Serdang Sudah Tidak Mahu Ambil Berat . Mereka Tak Nak Rawat Saya .Mereka Macam Busok Hati & Dengki Dgn Saya .Telinga Saya Gagal2 . Isteri Saya Sudah Tak Nak Tolong Saya . Di Mana Saya Nak Megadu? 017-6906752 . Trm Ksh .

    BalasPadam
  10. Terima kasih lah bagi petua..nombor 1 tu sgt menjadi 😊

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik