IKLAN

Jumaat, 19 Ogos 2011

Mohon Bantuan Hebahkan Sumbangan Ikhlas Bantu Rakyat Somalia



Tak tahulah samada korang semua ada tengok berita kat Buletin Utama ke  tidak malam tadi. Kesian sungguh tengok rakyat Somalia menderita akibat East Africa Crisis. Sekarang nie rakyat Somalia yang majoritinya adalah umat Islam amat memerlukan bantuan makanan dari kita semua.


Apa tindakan kita semua adakah duduk diam jer ke? Korang semua ada blogkan? Kan? Kan?? Mari  kita bersama-sama hebahkan pasal tabung bantuan ni untuk ringankan beban saudara seagama yang ada di Somalia. Sebelum tu korang boleh tengok video nie dulu.



Aku tak kira samada korang suka ke tidak dengan entry nie aku tetap akan hebahkan untuk bantu Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk dapatkan dana supaya diaorang dapat bantu sedara seagama dengan kita semua yang tengah menghadapi musibah di Somalia. Ini misi kemanusian.

Korang taknak ke pahala  yang amat mudah.. Sesungguhnya menolong orang yang di dalam kesusahan macam rakyat Somalia ni pasti Allah akan berikan ganjaran pahala dan barokah pada korang semua. Tak nak ke??? Tambah pulak tu dalam bulan yang mulia nie. Kalau ada duit lebih tu boleh sedekah jariah pada mereka yang memerlukan. Tak rugi pun!!betul tak???

Aku menyeru korang semua sama-sama buat entry khas pasal ni. Korang tak payah ler backlink kat sini. Aku tak kisah pun. Hanya aku minta kita sama-sama membantu. JOM HEBAHKAN SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA.


SUMBANGAN BOLEH DIBUAT SEPERI MAKLUMAT KAT BAWAH NIE. SILA RUJUK http://irmblog.org/donate/ UNTUK KEPASTIAN.

Anda juga boleh bank-in sumbangan ke akaun
Maybank (5621 4270 8704)
atau
CIMB (1259 0000 804 058)
Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke info@irmblog.org..

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik