IKLAN

Rabu, 10 Ogos 2011

Kelebihan Android




Skrin Sesentuh Yang Lebih Sensitif


Jika korang pengguna telefon skrin sentuh, selain Android, korang mungkin mengalami masalah dengan skrin sentuhnya yang kurang sensitif dan agak susah terutamanya untuk orang yang berjari besar. Tetapi dengan Android, ia memberikan kelainan kepada pengguna dengan kecekapan sesentuhnya yang lebih sensitif dan peka kepada jari/kulit kita.

Kemudahan Download Games Dan Software


Dengan Android, korang boleh memuat turun beribu-ribu software dan games di Android Market dengan Percuma!!. Mudah dan senang. Jadi, korang boleh download pelbagai software setiap hari tanpa memikirkan masalah kewangan.

Internet Yang Laju


Satu lagi kelebihan Android, korang boleh mengakses internet tanpa sebarang gangguan kerana kelajuannya sama seperti anda melayari internet menggunakan laptop korang. Tak percaya? cubalah sendiri berbanding dengan menggunakan telefon biasa, korang mesti kagum.

Rangkaian Sosial Di Hujung Jari


Facebook, twitter, tagged, dan lain-lain. Semua itu korang boleh bersosial menggunakan Android. Tap ikon di skrin telefon korang dan terus boleh guna. Senang!.

Kelainan Yang Nyata


Kalau sebelum ni korang menggunakan telefon QWERTY, atau telefon slide dan sebagainya, apa kata korang cuba telefon Android yang memberikan kelainan dengan menawarkan skrin sentuh. Jangan membuat spekulasi yang telefon skrin sentuh leceh sehingga korang belum mencubanya sendiri. Ingat!, telefon skrin sentuh biasa dengan Android amat berbeza!!.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik