Salam.
Warna punyai keajaibannya juga. Jika tidak mengapa warna diadakan? Saya pernah juga terfikir, andai dunia ini tiada warna, semuanya hitam dan putih je, agaknya seronok tak? Hmmm ..nak tahu ... buka je dua TV, satu dengan kaler dan satu lagi guna monochrome ... tengok mana lagi memikat ...
Ada sesetengah orang, warna ni banyak mengelirukan. Warna je cantik tetapi isinya palsu. Warna je memikat tapi sebenarnya ia busuk.
Pandai guna warna, anda pasti lebih menyerlah dari orang lain. Pandai pilih warna, apa yang anda ingin jadi cantik, pasti akan nampak hebat.
Tahukah anda warna juga boleh selesaikan beberapa masalah kesihatan? Aha terdapat kajian telah dijalankan, dan kesimpulan berikut telah diperolehi:
Merah - Hilangkan Rasa Sakit Kepala
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.
Biru - Kurangkan Tekanan atau Stress Di Tempat Kerja
Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang ketika di pejabat.
Merah Jambu - Mengelakkan Insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Anda juga boleh memakai pakaian tidur dengan warna2 ini, merah jambu .
Jingga - Menaikkan Mood Anda
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah. Anda akan berasa seronok dalam apa jua yang anda lakukan dengan warna jingga.
Hijau - Elakkan Rasa Letih
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Anda akan berasa segar apabila melihat warna hijau. Inilah rasa yang akan anda alami bila anda sesekali berada di persekitaran yang menghijau seperti di kampung dan juga taman. Nak lagi segar, duduk dan berada dalam hutan. :)
Jom ! Lepak di BANGKU KOSONG™
Tiada ulasan:
Catat Ulasan