Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Amacam Puasa hari ok? harap oklah ya..hujung-hujung ini ada yang rehat-rehat kat rumah,ada yang qada' tidor macam esok dah takda lagi.. dah le tu bangkit2..tidur-tidur juga yang lima jangan dilupakan.Ada yang dah mula buat persedia berbuka puasa nanti dan ada yang dah mula buat kuih raya... awalnya...?! , dan ada yang dah mula membelah untuk persediaan menyambut hari raya aidilfitri...tapi jangan lupa pulak satu lagi kewajipan selepas berpuasa yakni membayar zakat , wajib tu bagi yan mampu..ada berbagai jenis zakat Klik Sini yang patut dikeluarkan bukan sahaja zakat fitrah.
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam)
Syarat Zakat Fitrah
- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Kredit : price91
Tiada ulasan:
Catat Ulasan