IKLAN

Ahad, 7 Ogos 2011

Jeddah Akan Bina Menara Tertinggi Didunia!Dunia Akhir Zaman...


DUBAI: Sebuah menara tertinggi di dunia akan dibina di Jeddah. Menara yang berharga SR4.6 bilion (RM3.63 bilion) itu akan dibina oleh Kingdom Holding milik jutawan Saudi, Putera Alwaleed bin Talal.

Satu perjanjian antara Kingdom Holding dengan Kumpulan Bin Laden juga telah ditandatangani. Menara setinggi lebih satu kilometer itu mengandungi unit hotel, pangsapuri, kondominium mewah dan ruang pejabat.

Mungkinkah ini menara itu?

Apabila siap, menara itu akan menggantikan bangunan Burj Khalifa yang setinggi 828 meter, sebagai menara tertinggi di dunia. Bangunan Burj Khalifah dibina oleh Emaar Properties dengan kos pembinaan sejumlah AS1.5 billion (RM4.4 bilion).

Menara itu merupakan fasa pertama dalam Kingdom City, yang dibina di bahagian utara bandar pelabuhan Laut Merah. Menurut kenyataan Kingdom Holding, rakan niaga mereka, Kumpulan Bin Laden akan memiliki 16.63 peratus saham dalam Jeddah Economic Co manakala Kingdom Holding pula memegang 33.35 peratus dalam pelaburan itu.

sumber : siasahkini.blogspot.com


Kataku : Apakah ia bermanfaat dan  memberi kebaikan kepada ummah atau satu lagi projek pembaziran... kita nak tunggu dan lihat sahaja ke?!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik