Kredit mr. google.. 
Assalamualaikum dan salam ramadan... Sahabat semua kenal dengan buah ini? Oh yes... rasanya ramai dikalangan rakyat  Malaysia memang kenal dengan gelaran buah susu atau nama glamournya  passion atau markisa. Dulu aku ada kongsikan tentang darimana datangnya  buah passion ini. Kali ini kita ambil tahu pula apa kebaikan dan  kelebihan buah passion ini. 
Semasa aku tinggal di Tanzania,  buah passion atau markisa ini memang terkenal di negara Afrika. Pergi  sajalah di restoran mana2 pun akan ada FRESH PASSION atau ice cream  passion dalam menu mereka. Sebab itu kita boleh lihat kulit2 mereka  walaupun nampak gelap tetapi cantik dan tahan lasak. Jika di negara  Barat mereka lebih gemar membuat kek dan dessert kerana rasanya yang  masam dan aroma.
Vitamin dalam buah passion
Buah  passion sangat tinggi kandungan vitamin C, zat besi, kalium A dan diet  serat. Kebaikan vitamin C (antioksidan) dan vitamin A dapat membantu  melindungi/menghalang/melawan badan kita daripada mendapat penyakit  jantung dan KANSER.
Kalium dan serat yang ada dalam  buah ini merupakan eletrolit yang dapat membantu mengekalkan tahap  bendalir badan kita dan juga membantu merendahkan tekanan darah,  mengekalkan ketegangan otot, sakit kepala dan penyakit imsomnia (susah  tidur), penyakit artritis (sakit otot), sawan dan sakit kepala,  mempercepatkan penyembuhan luka, sembelit, mengurangkan kolestrol dan  lemak dalam darah yang berlebihan.
Zat besi pula membantu meningkatkan tenaga, tidur yang lebih baik, meningkatkan imuniti dan membekalkan oksigen dalam darah.
Daun dan bunga passion  mengandungi alkaloid yang boleh mengurangkan tekanan darah. Pesakit  kanser tidak boleh tension, terlalu tertekan dalam siatuasi tegang atau  memikirkan masalah sehingga boleh membawa presure dan kurang tidur. Jadi  pastikan pesakit KANSER tiada tekanan dan banyakkan berzikir dan  istighfar agar hati sentiasa tenang.. 
Ekstrak buah passion berkulit  ungu boleh membunuh sel2 kanser dalam vitro. Phytochemical yang ditemui  dalam buah passion sumber utama anti kanser iaitu karotenoid dan  polifenol. Sebab itu pesakit KANSER harus banyak memakan buah2an yang  tinggi kandungan vitamin C selain passion iaitu nenas, durian belanda  (soursop), anggur yang mempunyai biji dan dikunyah (jangan di buang  bijinya), betik, berries, orange, aprikot termasuk bijinya B17 dan  banyak lagi.
Penambahan... 
Passion  juga membantu mengurangkan alahan dan radang serta asma. Pastikan  semasa mengambil jus passion/markisa tidak dicampur dengan ketulan ais  atau sejuk. Kalau free boleh baca tentang asal buah markisa/passion dan  cara membuat jus. Hala SINI. Pemilihan  buah passion berkulit ungu atau seperti warna kecoklatan khasiatnya  lebih baik dan jika terdapat kulit sedikit kecut atau terlalu kering  tidak mengapa kerana rasanya tetap sama dan lebih sedap. Jika tiada  ungu, warna kuning juga bagus.
Aku  tak jumpa lagi buah passion kat sini. Jadi beli dari kotak jenama CERES  juga kira bolehlah dari tak der. 100% pure blend juice dan tiada  campuran gula.
Nota
Di  Malaysia kebanyakkan buah markisa/passion/susu ini hanya terdapat yang  bewarna kuning sahaja. Untuk mendapatkan passion kulit bewarna ungu amat  payah dan rasanya lebih sedap dari yang berkulit kuning. Di Afrika  kalau mr. hubby balik out station mengikut jalan kampung, sure dia akan  beli sebaldi buah passion ungu (lebih kurang 3 kilo) yang harganya cuma  RM3.... lebih jer. Murahkan. Cubalah.. rasanya memang sangat masam dan  sedikit manis tetapi khasiatnya tersangatlah terbaik..
P.S. Kalau dah buat jus yang  dicampurkan dengan ais kiub dan gula, ohhhhh!!!! sure memang terangkat  tetapi untuk pesakit KANSER, gantikan gula dengan madu kerana gula  adalah penyebab KANSER membiak dengan mudah. Aku lebih gemar membuat jus  passion dengan blend sekali biji2nya kerana khasiat dalam biji passion  mungkin lebih baik dari isinya.. Selepas itu tapislah.. Sedap diminum  sejuk tanpa ais kiub.


 
 



Buah Susu..! saya pernah makan dulu waktu kecil. Saya ingat ianya buah hutan sebab saya dan rakan-rakan selalu ambil buah ni (yang tumbuh meliar kat tepi semak) semasa kami balik dari sekolah petang.X sangka buah ni byk khasiat..alhamdulillah dapat juga makan time kecik dulu..Sekarang ni dah jarang balik kampung, buah tu pun xtahu masih ada lagi ke x..Herm..rindu rasanya bila terkenang kisah lalu~
BalasPadambua..susu.dgr awk crita macam sedap.raya nanti balik le kampong cer try cari ..dapat krim teman barang sebijik..
BalasPadam