
Sungguh menyedihkan, nasib ketiga muslimah dari Myanmar yang melarikan 
diri ke Bangladesh untuk mengelakkan kekejaman rejim junta tentera di 
negerinya.  
Mereka adalah Raihana, Arafa, dan Hamidah, 
 
 Seperti dilaporkan agensi berita asing, ketiga-tiga menceritakan kisah 
getirnya saat menyelamatkan diri dari kekejaman pemerintah Myanmar. 
 Raihana, 25 tahun, kepada agensi berita Anatoli Turki mengatakan bahawa
 dalam usahanya melarikan diri ke Bangladesh, dia bersama anak 
perempuannya yang baru berusia satu tahun, terpaksa memakan daun dan lalang agar bertahan untuk hidup.
 
 Seorang pelarian Muslimah lainnya bernama Arafah, 27 tahun, mengatakan 
bahawa dia telah melintasi perjalanan yang sangat sulit dan berbahaya 
dari Myanmar hingga Bangladesh bersama dua anak perempuannya Jannat 
(lapan tahun) dan Khurshid (empat tahun).
 
 Arafah menambah bahawa setelah suaminya ditangkap oleh pasukan 
keselamatan Myanmar, dia dan anak-anaknya terpaksa melarikan diri kerana
 menurutnya, pasukan keselamatan membakar hidup-hidup warga Muslim dan 
mereka mencegah umat Islam pergi ke Masjid.
  Adapun Hamidah berkata, selepas suami dan anak lelakinya ditangkap oleh pasukan keselamatan, dan rumah-rumah mereka dibakar.  Mereka pun terpaksa melarikan diri ke Bangladesh.
 
 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pelbagai lembaga HAM membenarkan 
bahawa etnik Muslim Rohingya, Myanmar, telah selama bertahun-tahun 
menghadapi kezaliman dan kejahatan sistematik oleh kerajaan Myanmar. 
Laporan Terkini
  Dilaporkan  
 dari Myanmar, menyebut sekurang-kurangnya 100 rumah milik suku minoriti
 Muslim Rohingya dibakar dalam aksi kekerasan terbaru antara pemeluk 
Buddha dan warga minoriti Muslim, Isnin (6/8/2012).
 Laporan lain menyebut sejumlah warga Muslim Rohingya gugur setelah 
berlaku serangan di sebelah barat negara bagian Rakhine.Serangan 
berdarah itu berlaku selepas kerajaan Myanmar menyatakan kawasan itu 
sudah relatif terkawal selama beberapa pekan terakhir.
  Sementara itu, Perancis mendesak Kerajaan Myanmar untuk melindungi semua kumpulan etnik di negeri itu tanpa diskriminasi. 
 "Perancis menyatakan pentingnya sebuah resolusi untuk membentuk konsesi
 damai dan mencapai perdamaian nasional di Myanmar," kata Timbalan 
Menteri Luar Negeri Perancis, Vincent Floreani.
  Selain itu, Kemenlu Perancis mendesak agar status pelarian di negara bahagian Rakhine akan diperjelas. 
 Status mereka harus diperjelas berdasarkan hak memperoleh 
kewarganegaraan dan hak untuk menikmati status itu serta menghormati hak
 asasi manusia.
  "Ada kebimbangan timbul kekerasan yang dilakukan tentera terhadap orang awam.  Kami menyeru kepada pemimpin Myanmar untuk melindungi rakyatnya tanpa diskriminasi dan melakukan penyiasatan, "kata Floreani.
 
 Aksi kekerasan ini seakan menjadi awan hitam di atas reformasi yang 
dilakukan Presiden Thein Shein, termasuk beratus-ratus tahanan politik 
dan terpilihnya Aung San Suu Kyi ke parlimen.
  Organisasi Human Right Watch menuduh tentera Myanmar terlebih dulu melepas tembakan ke arah orang-orang Rohingya.  Tentera juga diduga melakukan perkosaan terhadap para perempuan Rohingya. (Desas / IRIB / dbs)
(VoA-Islam)
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan