IKLAN

Isnin, 27 Ogos 2012

ARTIS BERHIJRAH: Gambar Siti Saleha, Kini Gilirannya Pula Bertudung...



Seorang demi seorang selebriti tanah air berhijrah kepada lebih positif tahun ini. Abby Abadi, Shila Amzah, Nurul Syuhada dan kini tiba pula masa untuk Siti Saleha untuk bertudung. Alhamdulillah...
“Saya sebenarnya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah terbiasa memakainya ketika bersekolah iaitu semenjak di tingkatan dua lagi. Malah, saya juga sudah beberapa kali menjayakan watak berhijab seperti dalam filem ‘Pencinta’, drama ‘Ustaz Amirul’ dan ‘7 Hari Di Neraka’.

Setiap kali mengenakan hijab, saya tidak pernah merungut atau mengeluh kerana tidak selesa atau berasa panas. Saya boleh melakukannya. Cuma, belum sampai masanya untuk saya kekal dengan imej muslimah. Saya perlukan masa kerana tidak mahu berubah semata-mata terikut dengan perubahan orang lain atau didesak oleh sesiapa. Biarlah perubahan itu benar-benar ikhlas ” ujar Siti Saleha.

WWW.QUEACHMAD.COM 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Daftar Tambah Visitors

Free advertising

Entri Mereka Juga Menarik

Geng Baik