Kesan dari pencerobohan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iraq bukan hanya meruntuhkan paparan fizikal semata. Terbukanya arus westernisasi di kalangan generasi Iraq telah melahirkan fenomena baru. Di antaranya, habitat komuniti pemuzik underground ternyata turut tumbuh berkembang. Salah perkembangannya diiringi dengan lahirnya fenomena band Iraq anti Islam bernama 'Janaza' (Baca: Jenazah).
Kehadiran Janaza langsung mendapat sambutan di komuniti underground international. Kontroversi yang menaikkan prestij band ini bermula dari kulit album perdana mereka yang menggambarkan Al-Quran yang sedang terbakar. Bukan hanya itu saja, dalam lagunya berjudul "Burn The Pages", intro lagu mengandungi lantunan ayat suci Al-Quran ditemani teriakan backround " Burn The Quran .. Burn The Quran " (Bakar Al-Quran ... Bakar Al Qur'an).
"Mereka (Umat Islam) pasti akan membunuh saya, (mereka) juga akan membunuh teman-teman saya dan memenggal kepala saya", jelas Anihita vokalis Janaza seperti yang dilaporkan dalam The atlantic.com.
Anihita, vokalis seperti tidak takut dengan semua ancaman kerana penghinaannya terhadap Islam. Ia bahkan menyembunyikan semua identitinya dengan rapi dari dunia maya. Muzik Janaza sendiri beraliran black metal. Aliran Black Metal sebelum ini sinonim dengan semangat anti Isa Al-Masih. Dengan hadirnya fenomena underground di Timur Tengah.Muzik metal seperti mulai menyuarakan propaganda anti Islam ke generasi muda Islam itu sendiri.
"Apa yang membuat amarah tetap menyala kerana di dalam diri saya penuh kenangan akan (kematian) ibubapa saya dan rakan-rakan saya, itulah yang membuat saya penuh kebencian," jelas Anihita lagi.
Anihita menceritakan bagaimana kedua-dua ibu bapanya mati kerana sebuah serangan bom. Serangan bom itu sendiri juga membunuh rakan-rakan dekatnya. Keadaan perang dan konflik sektarian di Iraq telah membuatnya tumbuh menjadi perempuan yang penuh kebencian. Perubahan psikologi itu membuat dia menyukai muzik black metal yang penuh nihilisme, anti tuhan, dan menjadi pelampau terhadap kemanusiaan.
Selain Janaza, band sejenisnya di Iraq juga ada Seed Of Iblis yang telah merilis album bertajuk Jihad Againts Islam di tahun 2011. Seed Of Iblis juga mempunyai seorang vokalis wanita sama seperti Anihita. Seed Of Iblis mempunyai salah satu lagu kontroversi bertajuk " Sex With Muhammad s Corpse ". Band-band seperti ini di Iraq berkumpul dalam satu wadah yang mereka sebut komuniti " Anti Islam League ".
Di Indonesia sendiri demam atheisme dan anti tuhan sudah merebak lama di komuniti underground. Tidak sedikit band-band tempatan Indonesia membuat lagu-lagu yang menghujat agama.
Hanya saja, di sisi lain, di Indonesia ada pula band-band yang lahir untuk melawan hegemoni perang budaya seperti ini. Di antaranya lahir Punk Muslim, Underground Tauhid, Salam Satu Jari hingga Jamaah Out Of Topic. Kesemua komuniti itu adalah sebahagian daripada gerakan dakwah dari bekas pemuzik-pemuzik underground yang telah bertaubat. Rata-rata taubatnya para pemuzik ini kerana menyedari ada misi hegemonisasi anti Islam di sebalik berkembangnya muzik underground. * /
Di sunting dari : Hidayatullah.com
Di sunting dari : Hidayatullah.com
P/s: Kalian nak tengok@dengar, memang memedihkan apa yang didendangkan oleh perempuan BlackMetal ni,harap ia kembali kepada jalan agama yang benar..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan