NAKHON NAYOK: Seorang wanita dan anak perempuannya menjadi perbualan
hangat penduduk selepas memulangkan dua juta baht (RM198,000) yang silap
dikreditkan ke dalam akaun mereka. Penduduk, termasuk seorang pegawai
bank berkata, mereka bodoh kerana bertindak jujur.
Thanaporn Chamnipong dan anak perempuannya, Yuvadee Chamnipong
menghubungi Bangkok Bank dan memulangkan wang itu selepas ia berada
dalam akaun Thanaporn secara misteri.
Menurut laporan, dua wanita itu bukan saja dikritik jiran tetangga
kerana bertindak ‘bodoh’ memulangkan wang itu, tetapi turut dikecam oleh
pegawai bank berkenaan yang menuduh mereka mencemarkan kredibiliti bank
terbabit.
Thanaporn berkata, mereka tidak kecewa kerana tidak dapat menyimpan wang
itu walaupun keluarga mereka mempunyai hutang. Mereka gembira dapat
melakukan kebaikan kerana menyimpan wang yang bukan milik mereka adalah
salah.
Bagaimanapun, terdapat berita baik apabila Inspektor Jeneral Kementerian
Dalam Negeri dan bekas gabenor Nakhon Nayok, Suthipong Chulacharoen
memberi ganjaran 20,000 baht (RM2,000) kepada dua wanita itu sebagai
menghargai kejujuran mereka. - Bangkok Post
Sumber:HMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan