Suasana Ramadhan sama sekali tidak terasa di Dearborn, Michigan. Padahal di bandar ini terdapat komuniti Muslim yang tergolong besar.
Abbas
Ammar, pengurus Restauran Al-Ameer, tetap membuka rumah makannya
seperti biasa. Pelanggan restorannya yang kebanyakan non-Muslim
membuatnya sibuk bekerja seperti pada bulan-bulan lain.
"Enam puluh peratus pelanggan Al-Ameer adalah non-Muslim. Mereka sama sekali tidak terpengaruh oleh Ramadhan, "papar Ammar.
Ketika
ditanya sama ada sukar berpuasa sambil tetap bekerja tanpa tergoda
mengudap, dia berkata, "Saya berusaha tetap sibuk seperti biasa. Saya
tahu ini bulan Ramadhan, dan saya berpuasa kerana Allah. Jadi mata saya
tertuju pada sesuatu yang mendatangkan pahala. "
Apa
yang dialami Ammar ini merupakan hal yang umum dirasakan Muslim yang
berpuasa di Amerika. Berbagai kesibukan dan aktiviti yang biasa
dilakukan mereka sehari-hari tidak berubah sama sekali. Ini menjadikan
puasa di Amerika lebih merupakan urusan peribadi.
Namun,
di banyak tempat di Amerika, aspek kemasyarakatan Ramadhan yang umumnya
dilakukan di masjid atau tempat-tempat berkumpul lain sangat menonjol
di mana buka puasa dilakukan dengan cara potluck, iaitu setiap orang
yang datang diharapkan membawa sumbangan makanan untuk dinikmati
bersama; budaya yang bagi kebanyakan orang Timur tidak biasa. Tetapi,
dengan cara ini kita boleh "keliling dunia" merasa pelbagai hidangan
antarabangsa, kerana berbuka dengan orang dari pelbagai latar belakang
etnik dan bahkan non-Muslim.
Kehadiran
warga non-Muslim dalam acara berbuka ini semakin terlihat lazim di
Amerika. Ashraf Sufi dan keluarganya yang tinggal di Topeka, Kansas,
misalnya, kerap mengundang tetangga-tetangganya yang non-Muslim untuk
berbuka bersama.
Ia
mengatakan bahawa acara berbuka di rumahnya sudah lama menjadi seperti
ajang dialog antara agama, kerana seringkali kedatangan kira-kira 70
orang, termasuk dari kelompok Nasrani, Yahudi, Buddha, dan Bahai.
Seiring
dengan keunikan tradisi puasa ini, teknologi dunia maya juga berperanan
besar dalam membantu Muslim menyesuaikan budaya Ramadan dengan irama
kehidupan Amerika yang serba cepat. Blog "My Halal Kitchen," misalnya,
membantu para ibu menyiapkan aneka hidangan berbuka secara cepat setiap
hari tanpa membuat dapur berantakan.
Tempahan
makanan halal siap saji melalui internet membantu mereka yang tidak
punya masa untuk masak, khususnya para lajang dan mahasiswa, untuk
berbuka atau sahur. Sementara, banyak yang menggunakan pelbagai media
sosial, seperti Tweeter, untuk saling berkaitan apakah untuk mengajak
sahur bersama di restauran yang buka 24 jam atau membahas Al-Qur'an di
masjid.
Jadi,
budaya Ramadan di Amerika bukan sahaja unik, tetapi juga khas, kerana
"diciptakan" oleh mereka yang ingin memenuhi kewajipan sebagai pemeluk
agama Islam dan meningkatkan ketakwaan.
detikislam.
detikislam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan