Ini foto Kaka ketika melawat Dubai
Pemain Real Madrid ini bahkan mengaku tertarik mempelajari lebih dalam
tentang dunia Islam dan Arab saat bercuti ke Timur Tengah beberapa
waktu lalu.
Awal tahun ini, Kaka bersama isteri dan adiknya, Digão, berkunjung ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Dalam percutian selama 10 hari itu, Kaka melawat bangunan tertinggi di
dunia, Burj Khalifa, Palm Jumeirah, Burj Al Arab, dan Jebel Ali Port.
Selain melawat bangunan-bangunan tersergam megah itu, pemain bola sepak
terbaik dunia 2007 itu juga menyempatkan diri hadir ke masjid.
Di masjid yang direka khusus untuk para pelancong itu, playmaker 29
tahun tersebut dengan khusyuk mendengar penjelasan tentang cara hidup
kaum Muslim dan bangsa Arab pada umumnya.
Pemain yang berharga 65 juta euro semasa dibeli Real Madrid dari AC Milan
mengaku sangat terkesan dan ingin lebih mendalami penjelasan yang baru
didengarnya.
"Dubai adalah bandar yang indah dan salah satu yang paling ramah di dunia. Saya sangat beruntung boleh bercuti ke sini.
Saya sangat terkesan dengan sambutan yang saya dapatkan dan saya ingin
kembali lagi ke Dubai secepat mungkin, "kata penjaring gol terbanyak Liga
Champions 2006-2007 dengan torehan 10 gol itu.
Diterjemah dari Sumber Asal: REPUBLIKA.CO.ID
Tiada ulasan:
Catat Ulasan