TAKLIMAT DARI PRESIDEN MAJLIS ULAMA ROHINGYA (MUR) TENTANG RUSUHAN KAUM DI ARAKAN, MYANMAR
(Nota:
 Sejak meletusnya rusuhan kaum di Arakan (kini dikenali Rakhine State), 
Myanmar pada 3 Jun 2012 yang lalu Ustaz Mohd. Jaber bin Mohd. Subahan, 
Presiden, Majlis Ulama Rohingya (MUR) telah menerima banyak undangan 
daripada jawatankuasa masjid-masjid dan beberapa NGO terkemuka di 
sekitar Lembah Klang. Berikut ini adalah intipati penerangan yang 
disampaikan oleh beliau pada majlis-majlis berkenaan untuk bacaan dan 
makluman rakyat Malaysia khususnya)
1. LATARBELAKANG
1.1
 Myanmar mempunyai penduduk seramai 57 juta ialah sebuah negara 
berbilang etnik, agama dan budaya (terdapat 137 etnik kesemuanya).
1.2
 Masyarakat Rohingya beragama Islam dan agama Islam adalah agama kedua 
terbesar selepas Buddhist. Malah di tiga buah Bandar (Maungdaw, 
Buthidaung dan Akyab (Sittwe) di wilayah Rakhine (dahulunya Arakan) 
penduduk etnik Rakhine lebih kecil berbanding Rohingya.
1.3 Namun, etnik Rakhine mendapat pengiktirafan warganegara dan disokong pemerintah Myanmar – tidak disisihkan seperti Rohingya.
1.4
 Masyarakat Rakhine dan penganut Buddhist serta pemerintah Myanmar tidak
 pernah menerima kehadiran Rohingya walaupun Rohingya yang dikenali 
sebagai Mujahidin turut sama memperjuangkan kemerdekaan pada tahun 1940.
1.5
 Rohingya sudah lama bertapak di bumi Arakan sejak empat kurun dan turut
 memiliki raja-raja beragama Islam yang jadi pemerintah.
1.6
 Persepsi masyarakat Buddhist dan pemerintah Myanmar bahawa Rohingya 
adalah ‘kaum pendatang’ dari keturunan Benggali – dibawa masuk oleh 
British untuk dijadikan buruh kasar. Kemudian mereka mendakwa kononnya 
penduduk Benggali menyeberangi sempadan dan memasuki Arakan 
beramai-ramai secara haram disebabkan kepadatan kependudukan di 
Bangladesh!
(Catatan:
 The United Nations describes Rohingyas as people who have descended 
from Arabs, Moors, Turks, Persians, Mughals and Pathans, in all 
likelihood, given their skin colour, language and lifestyle, the 
likelihood of them having descended from people who now constitute 
Bangladesh is fairly high. However, given the history of that part of 
the country — Chittagong was once part of the Arakan Kingdom — and while
 British rule in the subcontinent meant that people from Bengal 
travelled freely into what is now Myanmar and vice versa, such retracing
 of racial and geographical connection along the new maps of the world 
is rather futile. Rohingyas, like most other peoples and races of the 
world, are people who travelled to the Rakhine state hundred years ago 
for better livelihood and have since settled there…...”
1.7
 Atas premis itulah pemerintah Myanmar sejak1942 dan etnik-etnik yang 
beragama Buddhist (termasuk Rakhine) menganggap Rohingya sebagai 
pendatang asing yang tidak sah dan tidak layak mendapat hak warganegara.
1.8
 Pada 1982 pemerintah junta memperkenalkan undang-undang yang dinamakan 
‘CITIZENSHIP LAW (1982)’ yang menafikan hak kewarganegaraan terhadap 
etnik Rohingya – Cuma 135 etnik diiktiraf oleh kerajaan sebagai 
warganegara.
1.9
 Selama 50 tahun (sejak 1962), khususnya di bawah pemerintahan junta 
tentera – Rohingya mengalami penyisihan - tidak dilayan dengan adil dan 
tindakan-tindakan terhadap Rohingya langsung tidak berperikemanusiaan.
1.10 Rohingya dibenci, dihina dan didiskriminasi dalam pelbagai aspek kehidupan. Bermacam-macam halangan dan kekejaman dilakukan pemerintah terhadap masyarakat Rohingya seperti:-
- Pergerakan dari bandar ke bandar disekat
- Perkahwinan mesti mendapat kebenaran daripada pihak tentera
  dan dikenakan bayaran
- Aktiviti keagamaan dilarang (dilarang membena masjid,madrasah,
  menyembelih binatang qurban dsbnya)
- Cukai dikenakan secara arbitrari
- Tangkapan dibuat ikut suka hati
- Peras ugut
- Dijadikan buruh paksa (tanpa bayaran)
- Tanah masyarakat Rohingya dirampas dan penduduk dihalau dari kampong       halaman (kemudian diduduki oleh masyarakat Buddhist)   
- Rohingya tidak dibenar bekerja di pejabat kerajaan
- Rohingya tidak dibenar menjadi guru
- Rohingya disekat mendapat pendidikan tinggi
- Pengajian dan ibadah agama Islam dilarang – contohnya tidak boleh    melaungkan azan, penyembelihan binatang korban
- Identiti Rohingya dipadamkan dalam buku sejarah - termasuk subjek sejarah yang diajar di sekolah
1.11
 Akibatnya, Rohingya menjadi masyarakat yang tidak bernegara (stateless 
people) - tidak ada sebarang bentuk dokumentasi pengenalan diri seperti 
sijil kelahiran dan kad pengenalan.
1.12
 Tidak tahan dengan kekejaman yang dilakukan lebih 1.5 juta masyarakat 
Rohingya telah meninggalkan tanah air untuk menjadi masyarakat pelarian 
di negara-negara jiran (termasuk Saudi Arabia dan negara-negara lain di 
Timur Tengah, Pakistan, Thailand, Australia dan Malaysia).
1.13
 Pelarian yang paling ramai tinggal di Bangladesh, dianggarkan 1 juta - 
tinggal di kem-kem pelarian yang disediakan oleh UNHCR –dianggarkan 
lebih 100,000 ribu pelarian lagi yang terbiar tidak di bawah jagaan 
agensi antarabangsa.
1.14 Di Malaysia, pelarian Rohingya mula tiba pada tahun 1989 dan jumlahnya kini dianggarkan seramai 30,000.
1.15
 Rohingya secara keseluruhannya adalah masyarakat yang paling miskin dan
 daif – bukan sahaja tidak berilmu malah disekat dari menjalankan 
aktiviti ekonomi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan 
bahawa etnik Rohingya adalah golongan minoriti yang paling teruk di 
tindas di dunia berbanding dengan kaum minoriti di negara-negara lain.
2. RUSUHAN TERHADAP MASYARAKAT ROHINGYA – SEBAHAGIAN DARI DASAR PEMBERSIHAN ETNIK (ETHNIC CLEANSING)
2.1
 Punca rusuhan kaum ini amat kompleks dan pelbagai – telah berakar umbi 
dalam dasar diskriminasi dan institusi perkauman yang dikenakan terhadap
 masyarakat Rohingya di Arakan oleh pemerintah sejak 1942.
2.2
 Rusuhan yang bermula pada 3 Jun 2012 bukan kali pertama. Sebelum itu 
berlaku beberapa rusuhan yang besar terhadap orang Islam -1942, 1962, 
1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir awal Jun 2012. Sejak 1942 
hingga sekarang beratus-ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.
2.3
 Pemerintah merahsiakan jumlah korban sebenar dan maklumat tentang 
keadaan diskriminasi diputarbelitkan serta dikawal rapi oleh media 
pemerintah. Lazimnya, pihak media dan kerajaan melaporkan bahawa 
masyarakat Rakhine yang ramai menjadi mangsa, dan melabel Rohingya 
sebagai pengganas yang melakukan provokasi; walhal keadaan sebenar 
adalah sebaliknya.
2.4
 Setiap rusuhan dirancang begitu sistematik bertujuan menghapuskan etnik
 Rohingya dari wilayah Rakhine dan juga mendiskriminasi agama Islam. 
Bila berlaku rusuhan ramai Rohingya yang dibunuh dan disiksa. Untuk 
menyelamatkan nyawa mereka rela menjadi pelarian.
2.5
 Jenayah Rakhine ini melibatkan juga polis tempatan (hlooh tien) dan 
tentera yang kesemuanya terdiri dari masyarakat Buddhist.
2.6
 Malah kerajaan pro-demokrasi yang baru dibentuk (pimpinan Thien Sien) 
dan Pemenang Anugerah Nobel, Aung San Su Kyi juga tidak berani mengecam 
tindakan pelampau penganut Buddhist. Mereka takut untuk memberi keadilan
 kepada masyarakat Rohingya kerana secara realitinya mereka adalah 
pemimpin kepada rakyat Myanmar yang majoriti beragama Buddhist. Mereka 
turut mengesahkan dasar-dasar yang diwujudkan oleh pemerintah terdahulu 
atas kepentingan politik dan keselamatan nasional!
2.7
 Wakil media antarabangsa sentiasa dikawal dan tidak dapat maklumat 
sebenar. Lazimnya, mereka memetik berita yang dipaparkan melalui saluran
 television dan surat khabar pemerintah (hanya akhir-akhir ini agensi 
berita antarabangsa hampir dapat mengesan berita yang berlaku di 
tempat-tempat kejadian).
3. RUSUHAN BULAN JUN 2012





3.1
 Pada 3 Jun sepuluh (10) Muslim Myanmar diserang dan dibunuh oleh 200 
pengganas Rakhine dalam sebuah bas yang membawa orang Muslim Myanmar 
dari satu majlis keagamaan di tempat pemeriksaan tentera di bandar 
Taungup, selatan Arakan.
3.2 Mereka dikatakan membalas dendam terhadap satu kes rogol dan bunuh gadis Rakhine yang kononnya dilakukan oleh pemuda Rohingya. Sebenarnya perbuatan itu bukan dilakukan oleh orang Rohingya!
3.3
 Bagi menjustifikasikan juga jenayah itu perbuatan orang Rohingya pihak 
berkuasa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada 2 lelaki Rohingya yang 
tersalah tuduh itu.
3.4
 Puak ekstrimis Rakhine mengganas dan membunuh warga Rohingya di 
Bandar-bandar Sittwe (Akyab), Buthidaung dan Maungdaw. Kemudian merebak 
ke kampong-kampong – membunuh, membakar rumah dan merompak harta benda. 
Ada juga berita yang menyebut penghuni tidak sempat melarikan diri dan 
dibakar hidup-hidup. Ramai wanita dan anak gadis Rohingya dirogol dan 
dibunuh oleh pengganas Rakhine dan anggota polis/ tentera – satu 
perbuatan kebinatangan yang lazimnya dilakukan oleh manusia yang tidak 
bertamadun.
3.5
 Mayat mangsa segera dibawa lari ke tempat rahsia untuk dibakar/ditanam 
bagi mengelakkan perkara sebenar diketahui oleh dunia luar. Angka korban
 masyarakat Rohingya dilaporkan sedikit berbanding mangsa etnik Rakhine 
oleh media pemerintah. Media kerajaan juga memaparkan berita masyarakat 
Rakhine yang ramai terkorban dan terpaksa berlindung di kuil-kuil dan 
sekolah-sekolah di bawah kawalan ketat polis dan tentera. Manakala 
Rohingya dituduh sebagai pengganas dan pembunuh.
3.6
 Pelbagai tektik digunakan bagi memburukkan imej Rohingya untuk menaikan
 kemarahan amat sangat masyarakat Buddhist – mayat mangsa Rohingya yang 
dibunuh dibotakkan dan dipakaikan ala-sami Buddha untuk meuwar-uwarkan 
bahawa orang Rohingyalah yang melakukan kekejaman dan membunuh 
sami-sami.
3.7
 Keganasan pihak Rakhine yang dibantu polis dan tentera menyebabkan 
penduduk Rohingya lari sehelai sepinggang ke kampong-kampong di bahagian
 pendalaman.
3.8
 Beribu-ribu warga Rohingya cuba memasuki sempadan - malangnya disekat 
oleh pengawal keselamatan Bangladesh yang tidak membenarkan mereka masuk
 lalu mengusir mereka balik ke Myanmar untuk dimamah oleh pengganas 
Rakhine.
3.9
 Pihak tentera Myanmar yang dihantar kerajaan pusat untuk mengawal dan 
menghentikan rusuhan bersifat berat sebelah. Curfews yang diadakan hanya
 melarang masyarakat Rohingya keluar dari kawasan mereka berlindung. 
Mereka dikepung oleh tentera dan polis di setiap penjuru termasuk 
kawalan anggota navy di persisir pantai.
3.10
 Larangan perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat 
Rakhine. Keadaan sedemikian memberi kebebasan kepada pengganas Rakhine 
membunuh, merompak dan membakar perkampungan Rohingya – yang dibantu 
secara aktif oleh anggota tentera dan polis tempatan – yang kesemuanya 
berbangsa Rakhine. Tentera Rakhine juga memasuki kem-kem perlindungan 
mangsa Rohingya – menangkap dan membawa keluar pemuda-pemuda (termasuk 
belasan tahun) ke tempat yang tidak diketahui. Nasib mereka tidak 
diketahui!
3.11
 Media antarabangsa disekat untuk mendapatkan berita sebenarnya. Pada 
awal-awal rusuhan, agensi-agensi berita antarabangsa cuma memetik dan 
mengesahkan apa yang dipaparkan melalui television dan suratkhabar 
kerajaan (akhir-akhir ini barulah berita berwibawa disiarkan)
3.12
 Sejak meletusnya rusuhan pada 3 Jun dianggarkan 30,000 rumah masyarakat
 Rohingya dibakar (termasuk banyak masjid dan madrasah) dan lebih 
150,000 kehilangan tempat tinggal di bandar-bandar Akyab ( Sittwe), 
Maungdaw, Rathedaung dan Kyauktaw.
4. KEMASUKAN BANTUAN KEMANUSIAAN
4.1
 Bantuan kemanusiaan yang membawa makanan, air bersih, ubat-ubatan, 
khemah dan keperluan hidup dari agensi kemanusiaan antarabangtsa 
(seperti Agensi Makanan PBB, Red Cross dll) sudah mula masuk ke Myanmar.
4.2
 Dari laporan yang diterima, pegawai dan sukarelawan agensi berkenaan 
tidak dapat mengagihkan terus bantuan kepada mangsa dari masyarakat 
Rohingya. Disebaliknya, mereka diiringi oleh pihak tentera yang membawa 
mereka terus ke kem-kem perlindungan masyarakat Rakhine.
5. CARA PENGHANTARAN BANTUAN DENGAN SELAMAT KEPADA MANGSA ROHINGYA
5.1
 Pimpinan MUR menerima panggilan telefon setiap masa dari saudara-mara 
dan rakan-rakan yang berada di tempat-tempat perlindungan di Arakan 
memberitahu tentang keadaan penderitaan mereka di sana dan merayu agar 
kami dapat menyelaraskan bantuan daripada Muslimin dan Muslimat di 
Malaysia untuk dihantar kepada mereka.
5.2
 Pimpinan MUR tidak putus hubungan dan masih mempunyai networking dengan
 tokoh aktivis dan sukarelawan Muslim berwibawa yang tinggal di bandar 
Rangon. Pihak MUR bersedia membantu menyelaraskan penerimaan sumbangan 
daripada penderma masyarakat Malaysia dan menghantar terus kepada 
mereka.
5.3
 Para aktivis dan sukarelawan Muslim yang dimaksudkan itu mempunyai 
cara-cara dan dayaikhtiar yang tinggi untuk mempastikan bantuan 
kemanusiaan dari orang ramai (khususnya rakyat Malaysia) sampai kepada 
mangsa Rohingya yang pada masa ini benar-benar berada dalam kesusahan.
5.4
 Pihak MUR menerima laporan bahawa akhir-akhir ini ramai mangsa Rohingya
 yang terkorban bukan disebabkan kena bunuh – mereka mati disebabkan 
kebuluran dan yang sakit tidak menerima bantuan perubatan.
6. PENGHAPUSAN ETNIK
Rusuhan,
 pengusiran, pelbagai diskriminasi dan sekatan hidup terhadap masyarakat
 Rohingya seperti yang berlaku sejak 70 tahun yang lalu adalah satu skim
 kerajaan yang terancang dan sistematik untuk menghalau Rohingya dari 
bumi Rakhine yang diterajui oleh ‘state terrorists’.
7. PENYELESAIAN KONFLIK (satu cadangan)
7.1 Kerajaan Myanmar sejak dari dahulu tidak adil, tidak ikhlas dan tidak bersungguh mahu menyelesaikan konflik ini.
7.2 Pemerintah sentiasa mencetus pelbagai cara bersistematik untuk melaksanakan dasar pembersihan etnik (ethnic cleansing)
7.3
 PBB, ASEAN, European_Union (EU) perlu campur tangan untuk menghentikan 
pembersihan etnik (Ethnic Cleansing) dan keganasan agama (Religious 
Violence) terhadap orang Rohingya.
7.4
 Krisis di Rakhine ini memerlukan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan 
daripada kerajaan baru Myanmar bagi mencari punca sebenar, seterusnya 
menyelesaikannya segera dan untuk selama-lamanya.
7.5 Isu utama – Citizenship Law (1982) perlu dimansuhkan – masyarakat Rohingya mesti diiktiraf sebagai warganegara.
7.6
 Aung San Su Kyi perlu mainkan peranan yang lebih jujur dan komited 
untuk mendapat masyarakat antarabangsa serta bertegas dengan kerajaan di
 Rangon, sepadan dengan anugerah Hadiah Nobel yang diterimanya yang 
melambangkan keamanan, kebebasan dan pejuang hak asasi manusia menentang
 kerajaan Myanmar yang zalim.
7.7
 NGO-NGO Islam diminta mengatur banyak persidangan di peringkat serantau
 dan antarabangsa untuk membincangkan isu masyarakat pelarian dan 
pencabulan hak asasi manusia di Myanmar serta mencari resolusi konflik.
7.8
 NGO-NGO Muslim terkemuka di Malaysia disaran menganjurkan dialog 
peradaban (civilizational dialogue) antara tokoh-tokoh agamawan dan 
ilmuan tersohor kedua agama (Islam dan Buddhist -dengan mengundang sama 
tokoh-tokoh terkemuka agama Buddhist di Myanmar) yang bertujuan untuk 
mendidik masyarakat Buddhist dan Islam di Myanmar khususnya supaya 
menghormati satu sama lain serta menghentikan kezaliman seperti mana 
yang didokong dalam ajaran agama masing-masing.
7.9
 NGO-NGO Muslim di seluruh dunia perlu menggerakkan kempen serta melobi 
di peringkat ASEAN, European_Union (EU) dan PBB supaya menekan junta 
Myanmar menghormati Human Rights serta mengiktiraf Rohingya sebagai 
rakyat Myanmar yang sah.
 
 



Tiada ulasan:
Catat Ulasan