Nabi Muhammad SAW memberi contoh kepada umatnya supaya duduk atau mencangkung ketika buang air kecil. Meskipun bukan seorang muslim, tapi Menteri Alam Sekitar Taiwan, Stephen Shen mencontohi anjuran Rasulullah SAW dengan selalu buang air kecil dalam keadaan duduk.
Ia pun mengusulkan agar masyarakat Taiwan buang air kecil sambil duduk. Cadangan mengikuti sunnah Rasulullah SAW itu khusus untuk para lelaki yang acapkali buang air kecil sambil berdiri. Badan Perlindungan Persekitaran Taiwan (EPA) mendedahkan, Stephen memang selalu duduk, bila buang air kecil, baik di rumah ataupun di tandas awam. Badan itu berkata, kebiasaan kencing dengan keadaan duduk seperti yang dilakukan perempuan akan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Para pegawai Taiwan mengatakan akan meminta pemerintah daerah memasang papan tanda di tandas-tandas umum berisi anjuran agar lelaki duduk bila membuang air kecil.
Seperti dilaporkan Yahoonews.com, anjuran ini adalah sebahagian daripada kempen Taiwan menjaga kebersihan di tandas awam. Sekira 100 ribu tandas umum tersebar di Taiwan. Tandas-tandas tersebut saat ini jauh lebih bersih berbanding sebelumnya. "Namun sejumlah tandas masih berbau air kencing kerana percikan air seni lelaki," kata EPA.
Akan datang, papan tanda anjuran supaya lelaki membuang air kecil sambil duduk akan dipasang di tandas awam, di sekolah-sekolah, stesen keretapi, lapangan terbang, hingga terminal bas. Meskipun baik, anjuran tersebut melahirkan berbagai pendapat di dunia maya.
Majoriti wanita yang memang biasa buang air kecil sambil duduk, menyokong gagasan tersebut.
Tapi ramai lelaki yang menentang lantaran sukar mengubah kebiasaan sejak kecil. Usulan buang air kecil sambil duduk bukan kali pertama. Sebelumnya beberapa ahli politik sayap kiri di Sweden juga pernah mencadangkan undang-undang baru yang melarang para lelaki membuang air kecil sambil berdiri.
Beberapa alasan dan keuntungan dari buang air kecil sambil duduk dipaparkan para ahli politik tersebut. Parti Sosialis dan feminis di Sweden mendakwa akan lebih higenis bila seorang lelaki duduk ketika buang air kecil. Sebab cara tersebut akan mengurangkan genangan lopak air dan baik untuk kesihatan lelaki.
Kerana buang air kecil sambil duduk akan mengosongkan pundi kencing yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat. "Kami mahu belajar dari Sweden dan Jepun," kata Pengarah Sanitasi Persekitaran dan Bahan Toksik EPA, Yuan Shaw-jing, kepada BBC. "Di Jepun, kami mendengar 30 peratus lelaki buang air kecil sambil duduk."
Kredit :wisbenbae
Tiada ulasan:
Catat Ulasan